Sedar tak sedar 2 mingu telah berlalu. Kehilangan besar yang amat kami sekeluarga rasakan semenjak pemergian Ahmad Nor Ridhuan.
Usahkan Ummi si ibu yang mengelek perut sepanjang 5 bulan lebih mengandungkannya....si kakak turut terasa pemergiaan adik yang amat dinantikan.
Sesekali tersasul di mulutnya..ketika malam hari sebelum tidur, rutin hariannya bersalam dan mengucap selamat malam buat si ummi dan walid..sesekali terdengar laungannya dari bilik sebelah....
" Selamat malam adik....Kakak sayang adik dan Umi serta Walid"
" Ummi nah duit..satu untuk kakak dan satu untuk adik"
Ummi dan Walid panggung kepala..ada kesayuan yang menusuk di kalbu....
Ya Allah masa yang berlalu adalah penawar yang terbaik. Ada masanya tak tertahan rasa dada menahan gelora rindu....ku alunkan zikir bagi memujuk hati...Wahai hati redhalah dikau dengan suratan yang terjadi...Ini Janji Allah...Ini Ujian Allah
Masih segar dalam ingatan Ummi...Ketika dibawa ke bilik bersalin..hati ummi makin sayu..orang sedang sibuk dengan persiapan menyambut raya..tapi Ummi di saat itu terpaksa menerima Angah akan lahir sebelum waktunya..dan apa yang lagi memedihkan Ummi tahu dengan jelas kemampuan si kecil ini untuk bertahan di luar rahim.
Doktor memberikan penerangan yang terperinci keadaan yang bakal berlaku.. Ummi dan Walid tadah telingga..mendengar dengan jelas satu persatu penjelasan doktor...Bila Ummi tinggal bersendirian..Ummi usap perut perlahan lahan dan Ummi dapat rasakan Ridhuan mengeras dan bergerak...hangat air mata ummi jatuh ke pipi...Ummi raba perut dan Ummi ingat setiap butir- butir ayat yang keluar dari mulut Ummi pagi itu...
"Adik..setakat ini perjalanan kita berdua..Ummi dan Walid halalkan segalanya..Ummi dan Walid redha akan segala ketentuan buat kita..Allah dah janjikan Ummi bersama dengan adik hanya hingga saat ini..pergilah sayang...pergilah...Semoga Allah memeliharamu Nak...Hanya Allah yang lebih tahu..Semoga Allah memberikan syafaatnya buat kita semua"...laju air mata ummi berlari di pipi..tak mampu ummi bertahan dengan sebak yang semakin mendalam.
Akhirnya Ridhuan selamat dikeluarkan pada jam 2.51 pagi pada 17.8.2012 dan pergi buat selamanya jam 4.10 pagi pada hari yang sama. Ummi ingat lagi doktor yang bertugas terus mencari ummi di wad untuk memaklumkan berita pemergiaan Ridhuan...sambil memeluk dan mencium lembut ke pipi ummi doktor maklumkan Ridhuan telah pergi buat selamanya....Innalillah wa inna lillah hi rojiun....
Daripada ALLAH kita datang kepada ALLAH kita kembali.. firman ALLAH SWT dlm surah Al-Alaq:8 yg bermaksud " sesungguhnya kepada Tuhanmulah semuanya kembali".
Maka berlalulah hari- hari yang suram buat Ummi...sungguh bukan mudah untuk mengumpul semula kekuatan diri...mengumpul semangat supaya terus berdiri dan redha dengan ketentuan Ilahi...dorangan orang sekeliling membuatkan Ummi makin tabah.....
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)
Ketika Tuhan ambil sesuatu daripada genggamanmu, sedarlah bahawa Dia hanya buka tanganmu untuk menerima sesuatu yang lebih baik.
Ummi kuatkan hati untuk membuat catatan ini..hari hari yang berlalu akan menjadi ubat buat ummi...
Kuserahkan hidup dan matiku keranaMu Allah...Kaulah yang sebaik baiknya perancang...
Alhamdulilah Ummi telah selesai dengan fardu Aqiqah untuk Ridhuan dan insyaAllah dalam masa terdekat ummi akan turunkan batu nesan di pusara Ridhuan..paling tidak ada tanda untuk untuk Ummi lihat..semua gambar dari filem scan dan gambar terakhir Ridhuan telah ummi susun kemas dalam album gambar..satu- satunya kenangan yang Ummi pernah dikurniaankan seorang anak lelaki yang comel. Allah berikan Ummi satu anugerah....
Wahai Hati Bersabarlah....Allah memberikan kamu satu Ujian..dan Aku tahu Ujian ini berat..Tapi Allah lagi Maha Mengetahui...Air Mataku bukan tanda aku tidak redha dengan ujianMu Ya Allah..tapi aku insan biasa dan lemah sifatnya..aku mengambil masa untuk menerima dan menyembuhkan luka di hati....
Ya
Allah aku serahkan segala urusanku padaMu..kau berikanlah ganjaran
pahala atas kesabaran kami melalui ujianMu dan kau gantikanlah dengan
sesuatu yang lebih baik....Ampunkan kami Ya Allah
Ummi
30.08.2012
21.57
Saat rindu membara di jiwa.....