Thursday, 11 October 2012

Sapulah Air Matamu


Malam ini tidur umi terganggu lagi..bingkas umi bangun..termenung sendiri

Acap kali inilah yang terjadi..terjaga di malam hari dan jenuh pulas mencari masa tidur. Puas juga di pujuk hati janganlah dikutkan rasa diri namun sesekali ia luntur juga

Malam ini, 54 hari berlalu..
Sedar tak sedar masa jauh meninggalkan kita dengan semalam yg mencipta banyak sejarah dan cerita.
Ada banyak rentetan dari sedikit kisah yg terjadi,,cukuplah umi simpan dan semat di dalam hati

Pernah juga sesekali minda di bawah sedar umi berkata kata
" kalaulah masa ini adik ada bersama umi"
Perut umi mesti dah makin membulat...
Tentu umi dah sibuk memulakan persiapan..mencari sedikit demi sedikit barang keperluan..

Tapi hakikatnya 2 bulan hampir berlalu...namun sedikitpun ingatan umi tak padam dari terus mengingatimu
Betapa dalamnya cinta seorang ibu..andailah kalau kamu mengerti wahai anak..betapa sanggup ku serahkan nyawaku sendiri demi kesejahteraan kalian


Umi tahu adik aman dan damai di sana..tiada tolak bandingnya. Allah menempatkan adik ditempat yang paling indah..Allah menjanjikan perkhabaran yang gembira buat adik

Dan umi akan terus menghitung hari..entah esok entah lusa umi dijemput pergi...tak siap yang tahu tentang persoalan ajal dan maut...

Sesekali bila kenakalan kakak mengusik hati ..umi pantas bersuara..
" Kakak, kalau terus begini biar umi ikut adik...biar umi tidur sebelah adik"...terdiam si kakak..Timbul rasa salah pada diri umi. Maafkan umi kakak..umi sayang kakak sepenuh hati. selepas pemergian adik, perhatian dan kasih sayang umi tercurah buat kakak sepenuhnya.. bila rindu yang membuak- buak pada adik pantas kakak umi peluk erat..umi cium kakak bertalu talu...
Tersenyum dia seraya berkata" kenapa umi?? umi sayang kakak ye"...sambil senyum umi jawab.." Umi sayang kakak banyak2"..sambil di rangkul erat badannya....

Ya Allah sungguh indah rindu ini, walaupun sesekali ia menikam jiwa.. Ya Allah terima kasih atas perasaan yang kau berikan padaku..Pasti ada hikmahnya yang tersembunyi..pasti ada sebabnya kami teruji begini

Selalu umi pujuk hati apa sangatlah dengan ujian yang umi terima ini...ada orang jauh lebih susah hidupnya dari umi..terima kasih Ya Allah kerana kasih dan sayangMu buat kami


Ya Allah..padaMu aku terus memohon, Peliharalah kami dalam rahmatMu , Pandanglah kami dengan ehsan dan kasih sayangMu, Kau kurniakanlah kami kesabaran, Kau limpahkanlah kami dengan rezekiMu, Kau peliharalah keluarga kami..jadikanlah kasih dan sayang kami hanya keranaMu

Ya Allah kau peliharalah zuriat keturunanku,,Jadikanlah mereka hambaMu yg terpuji...Maha suciMu Ya Allah
Ya Allah kau peliharalah hatiku..kau jadikanlah aku terus kuat kerana cintaku padaMu Ya Allah... Kurniakanlah aku kesabaran Ya Allah.....

Air mata ini adalah kerana rasa insafku atas kelemahan diriku...air mata ini adalah rasa rinduku pada yang telah pergi...air mata ini adalah milik seorang ibu yang akan tetap menjadi pencinta yang setia...:)

Hamidah
0155
12/10/2012