Wahai jiwa berbahagialah dengan adanya masalah. Kerana masalah itu ibarat api yang membakar kerak dosa, melunturkan karat maksiat, membersihkan kakisan dengki, meraih ketinggian peribadi.
Allah.. sungguh aku tahu semua ini nikmat darimu tuhan..
Berbahagialah wahai jiwa.. kerana kalau kita tak pernah diberi masalah, hidup bakal tempang tanpa aral melintang, mudah tanpa masalah yang menghalang. Boleh jadi Allah memberikan ruang untukku menjadi bertambah matang dalam kehidupan
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang malampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim
Ya Allah....
andainya setiap ujianmu adalah kifarah bagi setiap dosa- dosaku.
ampunilah aku, redhakanlah aku atas setiap ketentuanmu,
lapangkanlah dadaku atas setiap urusanmu,
istiqamahkanlah aku dalam pendirianku..
Ya Allah andai ini semua adalah yg terbaik buatku..tetapkan aku atas jalanMu, teguhkan aku dengan pendirianku, kuatkan aku dengan imanku, teguhkan aku dengan sabarku, peliharalah jiwaku dan peganglah semangatku hanya keranaMu Ya Rab
In sha Allah ujian ini hanya sedikit berbanding banyak lagi nikmat- nikmat yang Kau berikan padaku
Teruskan tersenyum...Besok mentari pastikan muncul kembali
InshaAllah.....
Mencari RedhaMu Ya Rab
24 Safar 1434H/7 Januari 2013/ 2300hr