Wednesday, 13 July 2011

Dizalimi dan Menzalimi...


Situasi semasa sering kali menguji benak fikiran saya...sebagai seorang pemerhati.antara kisah orang yang dizalimi dan menzalimi. Teringat monolog saya dengan sekecil lewat hari yang lalu..

" Umi kesian anak kucing tu, sapanya memecah hening petang..aku menoleh kearahnya..matanya rencam memandang jauh kehadapan..aku mengalihkan pandangan ke arah yang sama...terlihat anak kucing yang berlegar- legar diruangan yang terkunci.dibiarkan didalam ruangan sempit jaring besi yang pengap, basah dan mesti berbau..kenapa kesian??aku kalih pandangan padanya??? yelah dia duduk kat dalam rumah tu..kecil je macam mana nak keluar?? macam mana nak makan??? bolehke macam tu umi???..dia berak kat mana??? bertalu- talu soalannya akibat rasa ketidak puasannya dengan apa yang dilihat..."

Itu konsep mudah yang dilihat dari kaca mata seorang anak kecil. Pastinya konsep zalim jauh dari pengetahuannya. Tapi dia tahu itu salah dan tidak benar pada tempatnya. Ingin sekali aku nyatakan pada sekecil ini..anak, itulah namanya sifat zalim.. Dalam Islam Zalim adalah tindakan yang melampau dari batas yang ditetapkan di dalam agama dan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.Contohnya macam kucing tadi..Walaupun dia seekor haiwan tapi dia punya hak untuk bebas, bebas mencari makan, dan keluar berkawan tapi hak itu telah dinafikan oleh penjaganya.dan sudah pasti itu salah.

Sudah pasti ada banyak contoh lain yang boleh diberikan. Antaranya sikap zalim yang melibatkan :-

1)hubungan manusia dengan manusia
2)manusia dengan penciptaNya
3)Manusia dengan haiwan
4)Manusia dengan alam sekitar
5)Manusia kepada dirinya sendiri

dan banyak situasi lain yang wujudnya unsur zalim. Zalim juga boleh diertikan tindakan yang keluar dari prinsip kemanusiaan.


"Segala hak akan dibayar kepada empunya pada hari kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri- biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri - biri yang tidak bertanduk -Hadis riwayat Muslim)"

Kezaliman juga boleh jadi kerana kerakusan pada kuasa dan harta, keinginan untuk hidup senang dan mendapatkan nama sehingga memilih jalan mudah dengan menindas insan yang lain.

"Wahai hambaku, sesungguhnya aku telah mengharamkan kezaliman atas diriKu dan Aku telah menetapkan haramnya(kezaliman itu) diantara kalian, maka janganlah kalian saling berlaku zalim..."
(HR Muslim).

Lihatlah antara ayat- ayat yang melarang perlakuan zalim...


Kerana perbuatan zalim ini bersifat satu penganiyaan dan penindasan boleh jadi zalim ini melibatkan kita sesama kita, pemimpin dengan rakyat, jiran sesama jiran, anak kepada ibu bapa, guru kepada murid dan banyak konteks hubungan 2 hala yang lain.

Semoga keadaan ini semakin dibaik pulih dan diperbaiki dari semasa ke semasa..jika ianya adalah hak bagi orang yang lain serahkan pada yang hak..mengambil sesuatu sama ada berupa kebendaan, keperluan, keistimewaan atau kebenaran yang bukannya total milik kita adalah satu kezaliman buatnya yang telah dinafikan haknya.




Sekiranya anakku yang masih kecil boleh melihat melalui pandangannya apa yang dirasakan salah dan benar mustahil seorang bergelar dewasa tidak mampu memahaminya..berlakulah adil bagi setiap tindakan dan keputusan

Teringat kiriman seorang rakan.." ketika yang menzalimi sedang lena dalam peraduan, yang dizalimi bangkit menadah tangan menyeru pada Pencipta. dan pastinya doa yang dizalimi didengari olehNya...cuma masa dan ketika yang menjadi saksi pembalasan..Kiranya dunia ini makin menuju kepada akhirnya, setiap kesalahan di dunia ada masanya di bayar secara tunai di dunia jua.

Begitu jugalah zalimnya manusia pada tuhannya..mungkin kawan- kawan pernah mendengar atau melihat..Aku seorang Jutawan, kerjayaku sukses,Perniagaanku semakin besar empayarnya, hartaku melimpah ruah, telah puas aku menjelajah ke seluruh dunia, aku Islam tapi aku tidak solat, tidak zakat tidak puasa tapi aku tetap kaya...

Tapi tahukah kita harta juga satu ujian untuk melihat adakah kita berlaku adil pada harta yang dianugerahkan??? adalah kita menzalimi orang yang memerlukan??harta adalah satu ujian yang maha besar buat kita..tidak semua yang kita miliki hak persendirian kita semata mata..kita lupa harta yang tidak diberikan sedikit nikmatnya buat yang lain kita zalim pada yang miskin, harta yang tidak kita zakatkan kita zalim pada hak tuhan..berdosa atas limpahan nikmat yang diberikan..




Oleh itu kawan- kawan marilah kita melihat diri, pastinya manusia ini lemah banyak kesilapan yang sering kali diadakan,, semoga penambahbaikan akan memperbaiki keadaan...jangan terus menzalimi dan jangan biarkan diri kita dizalimi. bersuaralah pada yang benar..

2 comments:

  1. hidup ini bagai lampu dinding......yang dinyalakan di malam hari.....apabila minyak sudah kering.......

    ReplyDelete
  2. Lihatlah lilin, ia menerangi sekelian lam tapi terangnya memakan diri dan akhirnya lebur cair..semoga kita belajar memberi kebaikan kepada semua dan mengamalkan kebaikan itu kembali

    ReplyDelete