Sunday, 21 August 2011
Ramadhan Ini
" Minta maaf, Surau mana ye????...ooo surau jawabku sambil pantas tangan menunjukkan arah menuju surau yang terletak di hujung bangunan. Ekor mataku mengintai si gadis dalam usia awal 20-an itu berlalu. Ku alih pandangan ke sisi. Kulihat dahinya berkerut. Ku sapa lembut pipi si temban disisiku..Kenapa???soalan ditutur memecah suasana.
Umi kakak tu nak pergi mana???..Kakak tadi??? laju angguknya macam burung mematuk makanan.aku tersenyum..ohh kakak tadi nak ke surau..Kenapa??? tanyaku pula.. Kakak tu puasa ye Umi??? kali ini giliranku pula berkerut dahi..puasalah sebab tu dia nak pergi sembahyang pantas jawapanku untuk memuaskan hatinya.Dulu Umi kata kalau kita dengar cakap Allah kita kena sembahyang, Puasa...dan tutup rambutkan??? kalau kakak tu tak tutup rambut bolehke dia sembahyang umi??? errkkk...bertambah kerut di dahiku...baru aku faham apa yang bermain di kepalanya tadi..terbayangkan si gadis tadi.Manis budaknya tapi jujurnya pakaian yang dikenakannya melekat ke badan, bajunya singkat di paras pinggul dan memang benar kata anakku dia tidak menutup kepala." eh jom, kita sembahyang dulu, nanti lewat pulak, ku bimbing tangan si anak menuju ke surau untuk melupakan seketika soalannya tadi.
Kejadian ini berlaku 2 hari yang lalu ketika kami sekeluarga berbuka puasa diluar.Terdetik di hatiku sebagai seorang dewasa andainya seorang anak kecil mampu untuk mencernakan dikepalanya mengenai larangan apalah yang sukarnya buat seorang dewasa seperti kita untuk memahami mengenai yang halal dan haram kerana apa yang penting adalah penghayatan.
Apa makna puasa?
Puasa menurut pengertian bahasa bermaksud menahan dari sesuatu seperti menahan dari bercakap, makan, minum atau sebagainya.
Adapun puasa menurut pengertian Syara‟ (yakni puasa yang disuruh Allah supaya dikerjakan oleh setiap orang Islam) ialah; “Menahan diri dari makan, minum dan jimak (persetubuhan) dengan suatu niat dan ikhlas kepada Allah”. (Tafsir Ibnu Kathir; Surah al-Baqarah, ayat 183)
Masa berpuasa ialah dari terbit fajar Sodiq (iaitu fajar yang menandakan masuknya waktu subuh) hinggalah terbenam matahari (iaitu masuknya waktu maghrib).
Pada hakikatnya puasa bukanlah sekadar meninggalkan makan minum pada siang hari. Tetapi puasa yang sebenarnya ialah menegahkan diri daripada segala yang perkara haram, dosa dan maksiat seperti mengumpat, berbohong, menipu, memandang yang haram, memudaratkan orang lain dan sebagainya.
Namun rata- ratanya di saat ini, mengambil konsep yang salah..berpuasa tapi tidak menutup aurat, berpuasa tapi masih membazir, berpuasa tapi masih tidak mampu menjaga hati dan mulut dari perbuatan yang sia- sia.
Alangkah indahnya seandainya puasa itu dihayai sepenuhnya.sudah pasti amalan itu akan membuahkan hasil yang amat baik di penghujungnya...Semoga Allah mengurniakan kekuatan akal kepada kita untuk memperbaiki setiap tindakan berpandukan pada Al- Quran dan Sunnah..
Teringat ceramah seorang ustaz mengenai peliknya manusia...Pasangan kekasih yang sedang memandu kenderaan ke luar bandar..mencari tempat untuk bercanda melepaskan rindu..ketika dalam perjalanan tiba- tiba mereka berhenti di simpang jalan yang lampu isyaratnya sedang bernyala berwarna merah..ohh yelah merah berhenti...selepas warna bertukar hijau pasangan tadi meneruskan perjalanan menuju ke hotel..persoalannya bukan apa yg mereka buat di hotel murah berkenaan..tapi peliknya manusia boleh berhenti kerana lampu isyarat berwarna merah...betapa manusia itu lebih takut dengan undang- undang yang diciptakan oleh manusia daripada hukum Allah..nauzubillah...
Semoga kita sama- sama menyampaikan walau satu pun ayat untuk kebaikan bersama...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment