Friday, 13 April 2012

Ya Allah peliharalah Amarahku...




APA??????...terasa muka hangat disimbah darah...meruap hingga ke kepala...Mulut mulalah lepas mematah bicara....Muka tarik manis jadi masam mencuka...Hati bengkak sebab rasa tak puas hati..Itulah hakikatnya bila MARAH menguasai....

Ketika marah berdiri bawaklah duduk kalau itu boleh mengimbangi...sebaliknya kalau ketika duduk bangunlah untuk menjatuhkan marah yang sedang marak di hati...sungguh aku manusia biasa , Manusia yang lemah ada sifat mazmumah padaku..ada masa hati cenderung merengus mengungkap rasa marah. 

Jadi aku sendiri tidak lepas dari bersifat marah. Dan tidak salah memilik rasa  itu, kerana manusia dikurniakan hati dan emosi, namun apa yang lebih penting bagaimana cara menundukkan MARAH ini?????? Semoga kita tidak digolong dalam kumpulan yang degil hati...

"MARAH satu daripada sifat tercela (mazmumah) yang dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Perasaan marah yang gagal dikawal sebenarnya boleh menimbulkan sifat keji lain seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (Riwayat al-Tirmidzi).
Dan saya sedar malah amat faham...marah adalah sebahagian dari bisikan syaitan ke telinga....tunduk padanya bermakna kita kalah dan telah menundukkan iman seketika..

Bagaimana caranya untuk menangani MARAH?????

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud).

Segerakan wuduk dan jinakkan jiwa dengan ayat - ayat Al -Quran serta berzikir...sungguh ianya amat berkesan  buat saya dan mesti anda juga.

Mereka yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah bersabda bermaksud: "Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga." (Riwayat al-Bukhari).

Antara langkah untuk mengawal dan mendidik diri supaya lebih bersifat tenang:

# Cuba pertimbangkan keadaan yang menyakiti hati itu. Fikirkan sama ada kemarahan kita itu mempunyai alasan kukuh atau tidak.

# Jangan menyalahkan orang lain. Beri tumpuan kepada punca sebenar yang mencetuskan kemarahan kerana ia mungkin juga berpunca daripada diri kita sendiri.

# Perbaiki keadaan selepas kita berada dalam keadaan tenang dan terkawal. Jangan lepaskan kemarahan kepada orang lain semata-mata kerana tidak puas hati dengan individu lain.

# Dapatkan rehat dan tidur secukupnya selain makan makanan berkhasiat kerana apabila badan letih, ia akan menyebabkan seseorang itu lebih cepat naik marah.

# Amalkan senaman ringkas selama beberapa minit setiap hari bagi mengurangkan ketegangan.

# Jadi seorang pendengar yang baik. Sifat orang pemarah adalah dia sangat sukar mendengar pendapat orang lain kerana merasakan tindakan serta pendapatnya mengatasi orang lain.

# Jauhi amalan yang menjadi punca perkelahian seperti suka merendah-rendahkan, memperlekeh serta mengherdik orang lain lalu digantikan dengan sifat memuliakan orang.

# Amalkan bacaan A'uzubillah himinasyaitaannirrajiim (Aku berlindung kepada Allah s.w.t daripada syaitan direjam) selain tidak meninggalkan solat kerana di dalamnya terdapat kesan hebat yang boleh menerbitkan perasaan tenang jika diamalkan dengan sepenuh ikhlas.

Sesungguhnya saya amat berharap akan dapat mengikuti sepenuhnya tips bagi menangani MARAH...kesibukan kerja seharian banyak mempengaruhi emosi dan tindakan...semoga saya akan lebih memuhasabah  diri dalam setiap urusan.. ...biasalah berurusan dengan banyak pihak..jadi banyaklah ragamnya....

Hamidah
13/04/2012





No comments:

Post a Comment