Thursday, 9 June 2011

Anak Perempuan Akhirnya Kedapur Juga


"Perempuan belajar setinggi mana pun akhirnya ke ceruk dapur juga" acap kali kita dengar pepatah itukan????...bunyinya terlalu konservetif..bagaikan hakikinya itulah tugas seorang perempuan.Walau dalam hati ada ketidak puasan membuku tapi takut nak diluahkan.takut tak semena - mena senduk melekat di kepala..hehehehe..itu cerita dulu cerita berbelas tahun yang lalu.

Semasa itu,terutamanya gadis pingitan di desa diajarkan ilmu memasak dan menguruskan rumahtangga dengan harapan orang tua, selepas bergelar seorang suri kehidupanmu lebih terurus dan sejahtera... tapi leteran orang tua itu ada benarnya..sekurang- kurang setakad menyediakan menu di atas meja bukanlah perkara yang sukar dilakukan.

kalau dahulu hujung minggu bertemankan ibu didapur , di ajar menu dan petua baru saban minggu..sesekali hangat telingga ditegur ibu bila yang dimasak tak menjadi, kurang asam garamnya...bila menjelang raya diajar pulak menyediakan juadah biskut dan kuih tradisional..aduhai malas rasanya membuat dodol yang masak berjam- jam..menumbuk kacang dengan lesung kaki kerana nak menyediakan putu kacang juadah kegemaran orang tua- tua...belum lagi resepi - resepi lain yang buat aku merungut tak berhenti - henti kerana bosan mengadap itu dan ini.

Tapi kini baru aku mengerti benar kata ibu, setinggi - tinggi mana pun kamu belajar tugasmu sebagai isteri tetap memerlukan kau kedapur...menyediakan juadah kegemaran keluarga, menguruskan rumah tangga kerana dari air tangan itulah mengalirnya kemesraan, mengeratkan kasih dan sayang...

Jawatan Besar yang ada bukan untuk dibanggakan atau berasa megah diri. Kerana apabila kau pulang ke rumah gelaranmu bertukar isteri bukan lagi bos, namamu dipanggil ibu bukan lagi puan...

Rasanya satu kelebihan, walau berkelulusan, berkarier urusan rumahtangga dapat dijalankan dengan baik. Semua ini berkat dari bebelan ibu satu ketika dulu...perempuan ni kalau tak pandai masuk dapur bukan perempuan namanya..hehhehe...terima kasih ye ibu...

4 comments:

  1. rugi tau kalau anak remaja sekarang malas belajar bab memasak...

    ReplyDelete
  2. taak malas...dah cuba tp masak tetap x sedap...camna?...pasti ada kuran sana sini bila masak

    ReplyDelete
  3. em memasak sama macam kita buat benda lain kena ada latihan semakin kerap dibuat mesti ada penambah baikan....keep trying..:)

    ReplyDelete
  4. Memang orang perempuan akan masuk dapur juga..sebab nak minum air. Jadi belajar tinggi tinggi wahai kaum wanita. Hidupmu bukan hanya terletak di dapur sahaja.

    ReplyDelete