Tuesday, 7 June 2011

Gembirakan Hati Ibu Dan Bapamu


Semenjak wujudmu di alam rahim kau dibelai dan dijaga penuh kasih sayang..meniti hari demi hari dengan penuh harapan kau lahir dalam keadaan yang selamat dan sempurna. Sehingga tiba saatnya kau lahir menjengok dunia kau diazan/diiqamahkan..diberikan nama yang baik - baik dengan harapan kau membesar menjadi insan yang berguna dan berjasa kepada ibu dan bapa.

Masa silih berganti kau semakin membesar dihantar bersekolah dan akhirnya menyambung pengajian ke peringkat yang tertinggi dan natijahnya kau menjadi orang besar- besar, berjawatan besar, berumah besar, berkereta besar, dan hidup mewah. Sesungguhnya apa yang kau perolehi hari ini adalah hasil dari kepayahan orang tuamu.

Ibu - bapa yang dulu membanting tulang mencari sesuap nasi, ibu yang berjaga malam ketika kau lena diulit mimpi, dan setia menanti di tepi katil menemankan kau yang sakit, ayah yang bermandi peluh bagi memastikan kelangsungan hidup sekeluarga.Betapa setianya pengorbanan ibu dan ayah.




Tapi kini setelah dewasa, berapa banyak masa yang engkau luangkan untuk mereka????
Mengisi kekosongan dihujung minggu dengan membawa anak pulang menziarahi datuk dan nenek yang kesepian dikampung???

Berapa kerap kau bertelefon bertanyakan khabar mereka???

Berapa kali kau menghulurkan wang ringgit untuk kegunaan mereka ketika sesak di kala memerlukan???

Lupakah adakalanya kau bersuara tinggi kerana bosan dengan kerenah dan leteran mereka???

Bahagiakah ibu dan ayah sekarang??? Terubatkah kerinduannya pada anak dan cucu jika hanya mendengar suara entah bila bulannya.. jika hanya bertanya khabar berita melalui kiriman SMS sahaja??? adilkah kita ??? Dahulu 2 insan tua inilah yang paling setia disisi...menemankan kamu ketika baru belajar berjalan berdiri, membantu dirimu ketika kali pertama belajar menungang basikal yang baru dibeli....

Kenapa setelah kita semakin dewasa semakin jauh kita dengan mereka???...di kala petang si tua duduk mengadap jendela mengharapkan anak ,menantu dan cucu yang dirindu kembali menjengok muka ,tak perlu lama cukuplah semalam dua melepaskan rasa rindu didada...

Wahai teman, kejayaan kita hari ini terdorong kerana pengorbanan mereka..buangkan keangkuhan diri, carilah peluang dan masa untuk terus berbakti kepada orang tua kita selagi mereka masih ada...tiada keberkatan tanpa doa dan izin orang tua...

5 comments:

  1. sedih tengok segelintar anak yang mengabaikan kedua orang tuanya

    ReplyDelete
  2. begitulah cikgu...
    bila melihat keadaan sekitar kita, banyak benda yg kita musykil & risaukan...

    pendidikan awal dari ibubapa sangat2 penting buat anak2 yg bakal mewarisi kita...

    salam perkenalan...

    ReplyDelete
  3. Thanks white rose..its true..lately banyak sangat kes yang berlaku terlalu banyak gejala sosial yang dihadapi sekarang

    ReplyDelete
  4. Sesiapa yang menderhaka terhadap ibu bapanya bakal menjerumuskan dirinya ke dalam api neraka. Firman Allah bermaksud: "Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa."� (Surah al-Ahqaaf, ayat 15) Firman-Nya lagi bermaksud: "Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapamu, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga sama ada yang dekat atau yang jauh, rakan karib dan ibnu sabil, serta hamba sahaya."� (Surah an-Nisa, ayat 36) Jelas, betapa pentingnya setiap anak menghormati ibu bapanya....

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah benar wahai sayangku berbakti kepada ibu bapa adalah satu ibadah dan tanggungjawab yang terbaik untuk kita lakukan selagi masih bernafas..teruskan menjadi anak yang baik semoga dengan itu kau dianugerahkan anak- anak yang baik juga

    ReplyDelete