Thursday 19 May 2011

Kasih Ibu hingga ke akhir hayat....

Rasanya malam nie aku berminat untuk berkongsi kisah yang terjadi siang tadi..ia menjadi topik yang kami bincangkan ketika waktu senggang. salah seorang dari temanku menerima panggilan dari seorang kawan lama...aku dan yang lain mencuri dengar..hehehe..serius bunyinye perbualan mereka...

Rupa- rupanya seorang kenalannya meninggal dunia awal pagi tadi...pantas lafaz Innalillah kami ucapkan..semoga Allah menempatkan arwah bersama orang yang beriman...Arwahnya masih muda 27 tahun. Tapi apa yang menyentuh hati apabila kami mendengar ceritanya arwah meninggal ketika menyusukan bayinya yang masih dalam hari...maksudnya masih dalam tempoh berpantang anak sulong beratnya hati yang mendengar berat lagi bahu yang menanggungnya..

Menurut suaminya yang bercerita dalam esak tangisnya arwah meyusukan anak seperti biasa sambil berbaring sambil sang suami menguruskan urusan yang lain..setelah agak lama tiba -tiba si bayi menangis, keras bunyi tangisannya. Suami bergegas datang dan pabila tiba dilihatnya si anak menangis lemas ditindah badan ibu yang lemah tak bernyawa...

Ya Allah berikan kekuatan untuk si bapa dan keluarga itu melalui saat- saat ini....begitulah kasih ibu...di bawanya sehingga kemati...kisah ini amat menyentuh hatiku...dan kawan- kawan yang lain yang mendengarnya pagi tadi...ku kirimkan al fatihah buat arwah..

Begitulah kasih ibu...ia sentiasa hebat, hangat dan membara..kasihnya tak pernah padam sebaliknya semakin bertambah hari ke hari. Pengorbanan ibu juga tak pernah jemu bermula dari wujudnya janinmu di alam rahimnya sehingga dibawa kau keluar melihat dunia.. Dibesarkannya dengan penuh kasih dan sayang dengan doa dipanjatkan ke hadrat Ilahi semoga kau menjadi insan berguna.

Kisah ini mengingatkan aku apa yang terjadi 2 tahun yang lalu..Kisah seorang sahabat yang aku kenali walaupun tidak rapat. Arwah merupakan seorang ustazah di sebuah sekolah rendah... Kereta yang dipandu suami terlibat dalam kemalangan dan keretanya remuk teruk di bahagian belakang. Dibelakang si ibu dan anak sulong dan anak kecil yang baru berusia 5 bulan dalam pangkuan.

Selamat si sulong kerana terus jatuh diantara celahan bangku depan dan belakang. Tapi arwah sahabatku mungkin kerana pendarahan dalaman mati ditempat kejadian..Sejurus selepas kemalangan orang ramai cuba mengeluarkannya yang tersepit di tempat duduk belakang dan ketika dikeluarkan jenazahnya anak kecil itu berlumuran dengan darah si ibu dan masih sibuk menghisap susu ibu yang disangkanya masih hidup....

Aku sendiri pergi dan melihatnya.aduh luluh hatiku menyaksikannya air mata menitik tanpa diminta kerana aku pun punya anak....aku rasaikan semua perasaan di saat itu...
Wahai ibu terima kasih di atas kasih sayangmu buat semua wanita yang bergelar ibu terima kasih kerana jasa- jasamu....semoga Allah memberkati para ibu yang telah pergi menemuiNya. Semoga Allah berikan kekuatan buat kita yang tinggal untuk meneruskan kelangsungan hidup ini.. dan semoga kita juga akan menjadi para ibu yang sejati..

Saturday 14 May 2011

Selamat Hari Guru

Sambutan Hari Guru acap kali disambut setiap kali menjelang 16 May saban tahun. Bagaimana cara sambutannya bergantung kepada pentadbir dan peruntukannya. Aku yang turut bekerja di bawah institusi yang sama secara tidak langsung melihat setiap isu dan permasaalahan yang timbul di bidang ini.

Dahulu aku sendiri pernah bergelar seorang guru atau walau apa pun panggilannya saat itu, cikgu , ustazah, teacher dll. Tahun 1999 aku bergelar seorang guru di salah sebuah sekolah menengah agama kerajaan negeri. Banyak pengalaman suka dan duka yang aku lalui. Aku tak jemu mengutip pengalaman dari mereka yang lebIh senior di bidang ini.

Ternyata berhadapan dengan jiwa anak muda remaja bukan mudah. Naluri mereka lebih cepat terikut dengan emosi, akal mereka jauh tersimpang dari memikirkan natijah bagi setiap perlakuan. Aku mempunyai pendekatanku sendiri. Mungkin dengan sikapku yang suka ber"humor" membuatkan aku lebih mudah di kenali dan didampingi. Aku cuba bersikap tarik tali. Bak kata pepatah " Ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus dan tepung pun tak berselerakan".

Aku cuba mendampingi pelajar yang bermasalah Lewat petangku diisi dengan riadah bersama dengan mereka di padang asrama..Hasilnya memuaskan, mereka lebih mudah didampingi dan mudah dupujuk dan makan kata...alhamdulilah....

Aku pernah ucapkan" kalau kamu tak mampu menjadi pohon yang rimbun menaungi memadailah engkau menjadi rumput yang segar melitup bumi"...seandainya kamu tak mampu menjawat jawatan yang besar kerana tiadanya kemampuan di dalam bidang akademikmu memadailah engkau menjadi orang yang biasa lagi baik yang menjalankan fardu kifayahmu di muka bumi Allah yang luas ini.

Hampir 3 tahun aku di sekolah itu...tapi rezekiku tidak berpanjangan disitu. Ketika kerajaan membuat serapan Guru SMAR untuk diserap sebagai guru kerajaan aku tidak berkesempatan mengisi borang KENAPA??? biarlah sebabnya terus disimpan di dalam hati...kecawa rasanya dengan sikap rakan yang ada di saat itu...awal tahun 2003 aku membawa diri ku tinggalkan tempat yang pernah mengecewakan hati.

Tapi rupanya sinonim dunia guru ini dengan jiwaku Mei 2003 hingga Julai 2008 aku menjadi tenaga pengajar di tadika swasta. Saban hari bertemankan anak- anak yang masih suci hatinya dan comel..anak anak yang sentiasa ceria dan gembira belum mengenal erti dan hakikat kehidupan...sudah pasti satu keadaan yang berbeza berbanding pengalamanku dahulu..jadi ku ambilkan pendekatan keibuan sebagai cara terbaik bersama mereka....

Itu cerita dahulu, cerita ketika aku bergelar seorang guru...kini jauh aku tinggalkan memori itu... walaupun begitu kerjayaku kini masih lagi di dunia yang sama..PENDIDIKAN.Dewasa ini mendidik bukan satu tugas yang mudah. Malahan sikap remaja sekarang jauh bezanya dengan remaja dahulu..cabaran dalam dunia pendidikan jauh lebih besar....

Bukan udah mendisplinkan anak yang dididik dengan adat, cara dan budaya yang berbeza. Malahan sekarang banyak kes yang di dengar..murid tidak rasa gentar mengugut guru, mencederakan guru....Semoga tahun ini mendatangkan banyak kejayaan dalam dunia pendidikan.

Buat Guru.....
Jawatanmu bukan untuk dibanggakan
Ianya satu amanah dan beban yang besar untuk kau galas
Pepatah ada mengatakan
Silap seorang doktor membunuh hanya satu nyawa
tapi silap seorang guru
memusnahkan satu generasi
Buat Guru....
Terima kasih kerana mendidik
Semoga segala kebaikan diberikan ganjaran
Oleh itu guru ingatlah...
Ikhlaskanlah Ilmumu buat anak didikmu
Kalau wang ringgit yang kau nilaikan
pastinya keringat yang kau gugurkan itu
tak penuh bererti
setiap kali kau bersunggut pasal gaji
yang tak naik - naik lagi
bawalah merenung ke zaman dahulu
perjuangan guru - guru tua dahulu
Gajinya tak sebanyak mana
tapi usahanya mengunung tinggi
mengharapkan kejayaan anak didik anak bangsa
mungkin sebab itu
anak muridnya semua berjaya
jarang sekali mereka bersuara tentang gaji atau naik pangkat atau elaun BISP

Wahai guru
bersyukurlah dikau...
teruskanlah perjuanganmu
di dalam mendidik..terima kasih di atas segala ilmu yang dicurahkan...
SELAMAT HARI GURU......