Monday 17 September 2012

Dalam RahmatMu....



Alhamdulilah di atas kelangsungan hidup ini
Alhamdulilah di atas nikmat- nikmat kurniaanMu
Alhamdulilah kerana kasih dan sayangMu
Alhamdulilah kerana Kau membiarkan aku hidup dengan panduan
Alhamdulilah di atas segala rahmatMu Ya Allah

Jadikan kami hambaMu yang soleh dan soleha 
Yang hidup kerana cintanya padaMu

Ya Allah janganlah kau biarkan kami
Hanyut dalam kekecewaan hidup 
Kau peganglah hati kami dgn cintaMu Ya Allah
Jadikanlah kami insan2 yang redha dengan ujianMu


Sesungguhnya Allah kami rindu padaMu
Jadikanlah kami bertabah hati atas segala ujian dan nikmatMu

Hamidah
Sitiawan

 

 

Saturday 15 September 2012

5 bulan terindah milikku :)



4.5 2012

Tak sangka rupa- rupanya ujian urine kali ini positive...senyum berbunga2 di hati..alhamdulilah
Pantas umi sujud syukur di atas kurniaan Ilahi di atas berita gembira ini.....

Terima kasih Allah kerana memakbulkan doa kami suami isteri...semoga Kau kurniakan kami dengan zuriat lelaki bagi melengkapkan kehidupan kami...Alhamdulilah umi lalui hari2 yang mendatang dengan ceria dan doa agar kandungan ini di pelihara

Rupanya panas tidak hingga ke petang..masuk 4 minggu kehamilan umi melalui tempoh yg mencemaskan..hampir di masukkan ke wad kerana masalah kurang air dan kehadiran protein dalam dalam air kencing..serta turun darah...hati umi sering gundah gulana..amat berharap dan berdoa agar anak ini selamat.

Setelah  2 minggu berlalu keadaan semakin pulih..tiada lagi bleeding dan kehadiran protein dalam urine..umi tarik nafas lega...tapi rupanya ujian ini belum berakhir..masuk 10 minggu usia kehamilanmu umi mula dikesan mengalami tekanan darah tinggi yang tidak teratur hingga akhirnya memaksa umi di masukkan ke wad untuk pemantauan...

Takpelah asalkan anak umi selamat...ucap umi dalam hati..maka bermulalah rutin umi dengan rawatan klinik dan hospital yang kerap..selang dua minggu menjadi penunggu yang setia di klinik kesihatan....

Alhamdulilah seawal 7 minggu kehamilan anak umi sudah mula berespon..seronoknya merasakan gerakan butterfly di perut umi...best sangat..dah 5 tahun umi tak rasakan semua itu....Terasa kasih Allah kerana meminjamkan nikmat itu...

Semakin hari perut umi semakin menegang...itu tandanya anak umi semakin membesar...umi juga sudah mula berselera makan tanpa sebarang alahan lagi.Tapi ingatan dari doktor menyebabkan umi lebih berjaga- jaga..Kandungan kali ini bukan saja umi teruji dengan masalah darah tinggi tapi kadar bacaan gula yang agak tinggi. Yang menyebabkan umi tepaksa mengamalkan diet yang seimbang...

Jadi sepanjang mengandung kali ini berat umi tidak konsisten  turun dan naiknya...Melepasi 12 minggu  kehamilan umi menarik nafas lega..yelah fasa yang amat umi risaukan setiap kali mengandung...takut dengan keguguran...

Tapi ketika itu umi masih lagi di hantar dan dijemput oleh walid ke pejabat setiap hari..Inilah masa nak bermanja pun kan :) maklumlah kata walid..kena jaga sebab kali ini umi hamilkan seorang hero..pewaris walid..:)

Masa berlalu dnegan pantas...follow up klinik setiap 2 minggu dan rawatan hospital setiap 3 minggu...baru beberapa bulan mengandung tapi buku pink umi dah penuh macamkan nak bersalin...masuk 16 minggu umi dapat rasakan gerakan lembut dari si kecil...Ya Allah seronoknya...cepatnya anak umi ni gerak kali ni...umi yakin dan amat yakin mesti kali  ni baby lelaki...

Beza sangat kehamilan ini berbanding dengan mengandungkan si kakak...hari hari umi di hadiahkan gerakan lembut si kecil....dan sesekali tendangan manjanya bermain- main di dalam sana...
Ada  masanya ketika sibuk di pejabat umi berhenti sekejab pegang perut sebab tendangannya..sambil senyum sorang- sorang..

Kehadiran si kecil mula di terima oleh kakak dengan hati terbuka..rutinnya tiap malan akan terlebih dahulu mengosok perut umi dan mengalunkan zikir buat adik...dan di akhiri dengan ciumannya ke perut umi yg semakin membulat ...kemudian akan dengar jeritannya dari bilik sebelah..." selamat malam adik...kakak sayang adik"

Si walid pula teruja melihat dan menunggu perut umi bergerak..katanya kakak dulu kalau gerak habis perut umi bergoyang...tapi kali ini memadai bila di gosok perut si kecil ini cepat2 mengeras...hehehhe..marah sungguh dia kalau di ganggu oleh walidnya...nampak sangat sejantina mereka ni

5 bulan berlalu...alhamdulilah umi berada di fasa kedua kehamilan...insyaalah semuanya akan okey....itulah harapan umi....rupa2nya Allah maha merencana
sejak sehari dua ni sepanjang bulan puasa yang lalu umi perasan perubahan yang berlaku...bila dirujuk ke klinik doktor kata ianya biasa...takde apa nak di bimbangkan..

Bila umi rasakan keadaan semakin tak terkawal umi segera ke swasta...hasil dari ujian air kencing doktor kata umi mengalami kencing kotor...
Umi ingat lagi masa scan tu adik bergerak dengan akfit dan umi minta filem scan tu dari doktor...rupa2nya itulah gambar terakhir miliknya...

Menjelang malam umi mula sakit perut yang lebih kerap..dan akhirnya sesuatu yang tidak umi jangkakan terjadi...umi menunjukkan tanda2 hendak bersalin...tumpah air mata umi memgenangkan kehamilan umi berakhir di sini...



17.08.2012

Akhirnya umi lahirkan adik ketika berusia 5 bulan setengah dalam kandungan..walaupun adik lahir hidup tapi gagal di selamatkan..Jangkaan umi dan walid rupanya tepat..Kali ini Allah kurniakan umi anak lelaki...alhamdulilah...ianya lahir putih dan amat comel di mata umi...

Umi pandang walid dan kakak dengan pandangan sayu ketika di katil hospital...si kakak melompat keriangan bila umi katakan baby nak keluarkan...ye ye,,,,adik nak keluar adik nak keluar...katanya berkali kali....

Tapi sebaliknya kakak tengok walid bawak keluar mayat adik yg dah kaku...panjangnya  sebesar botol kicap...sudah lengkap sifat luarannya...anak umi comel putih orangya sama macam kakak...

Hari ini ketika umi membuat coretan ini genap sebulan berlalu....air susu umi masih bersisa lagi...sesekali pedih hati bila mengenangkan si dia yan pergi..itulah janji Allah buat dia dan juga umi.

Umi ambil masa untuk menerimanya dan umi meredhakan setiap ketentuan ilahi...namun tolonglah memahami sesekali umi bicarakan rasa rindu...sesekali umi suarakan tentang sepi..sesekali umi membaca dan menatap gambar terakhirmu..hanya kerana umi seorang ibu..tapi ada yang tak mengerti...:(

Katanya umi tak merelakan pemergianmu....pergilah anak pergilah...itu janji Allah..Umi halalkan setiap segalanya..segala kesusahan dan kepayahan sepanjang mengandungkan anak bukan satu bebanan...ia nikmat dan anugerah yang Allah berikan buat umi

Bila rindu umi menjelma...hanya gambar jadi pengubatnya...hanya zikir jadi penawarnya..

Semoga Umi terus sabar menunggu masa Yang Allah janjkan untuk umi dan walid
Semoga Allah kurniakan umi penggantinya yang lebih baik dari yang diambilNya
Semoga Umi diberikan keberanian untuk meneruskan segalanya

Anak...umi simpan gambar2mu....umi simpan segala peninggalan yang ada yang berkaitan denganmu...biarlah itu jadi kenangan terindah milik umi buat selamanya..

Terima kasih Allah...ujian ini menjadikan aku sedar akan kekuasaanMu..ujian ini menjadikan kami lebih baik dari semalam yang berlalu..Ujian ini menyedarkan aku betapa mulianya perancanganMu

Sesungguhnya kami merancang namun perancanganMu lebih teliti dan sempurna... 

Di saat rindu datang bertamu
di sebalik kenangan 5 bulan yang terindah
umi coretkan coretan ini..
kerana umi takut akan melupai setiap detik terindah ketika bersamamu..
Ahmad Nor Ridhuan bin Ahmad Azahurin
17.08.2-12- 17-08.2012
Al fatihah....