Friday 24 June 2011

Pengurusan Masa


Dalam tugasan seharian sering kali kita mengejar masa, bagi yang berkerja bergelut menyiapkan sesuatu tugasan sebelum tarikh akhir, bagi pelajar penat jerih menyiap kan segala tugasan untuk melunaskan keperluan dalam kuliah dan tak kurang juga bagi si ibu dirumah yang sibuk menguruskan urusan seharian..terjerit- jerit memanggil anak yang masih lena dibuai mimpi sedangkan hari kian dinihari, sibuk bekejar ke pasar dan bersilat di dapur dalam menyediakann juadah seharian.

Tapi hakikatnya setiap manusia walau apa jawatannya di peruntukkan 24jam sehari..tak mungkin kurang dan tak akan lebih. Bergantunglah kepada kebijaksanaan individu itu sendiri untuk menguruskan masanya. Pengurusan masa sebahagian dari displin peribadi yang penting.Kebijaksanaan kita untuk menguruskannya amat penting untuk memastikan kelangsungan hidup yang lebih tersusun.


Setiap manusia diberikan masa 24jam sehari dan mereka mesti menguruskan masa tersebut dengan baik dan berfeadah serta memberikan pulangan yang maksimum kepada matlamat yang ingin mereka capai. Sususkan segala tugasan dan tanggungjawab yang perlu dilakukan mengikut keutamaan, contohnya apa yang "mesti dilakukan" dan " mahu dilakukan". Susunkanlah sesuatu keutamaan untuk diberikan tumpuan terlebih dahulu dan seandainya perlu buatlah catatan untuk meletakkan setiap perkara yang perlu dilakukan.


Dan apa yang paling penting hapuskan sikap bertangguh tangguh serta manafaatkan masa yang terluang dengan cara yang paling produktif...

ingatlah
Kelmarin sudah berlalu
Esok masih belum tahu tapi
Hari ini peluang masih ada bersamamu....

Selagi masih ada nyawa uruskan masa anda dengan baik, elakkan bertangguh, elakkan dari terus mencipta alasan, buatlah perancangan, bahagikan masamu ke arah yang lebih positif ...

Wednesday 22 June 2011

Bercuti di banjaran

Alhamdulilah perancangan kami sekeluarga untuk bercuti tercapai juga...thanks pada semua ahli keluarga yang memberikan kerjasama...jadi aku sharekan sedikit gambar percutian kami ke Tanah Tinggi Cameron Highland Pahang pada 18-19hn Jun yang lalu...


Kenapa saya suka ke sana???hehehe memanglah tempat ni antara destinasi kegemaran kami suami isteri...out of stress...jauh dari hiruk pikuk, sejuk dan nyaman ..:) best2 dapat layan memanjakan diri..meh kita tengok antara gambar alam flora yang sempat ditangkap


dan juga ini


serta ini juga...


Mungkin kerana aku wanita, bunga tu jadi sesuatu yang menarik untuk dihayati tapi tak berminat pun nak tanam...dulu je suka hehehhe....


Cantikkan tengok tu bunga yang menarik, berbagai warna dan bentuk yang berbeza- beza....begitu indah kejadian alam yang diciptakan Allah....

Tak kurang juga sesuatu yang pelik dan menarik perhatian kami...cuba perhatikan jantung bagi pokok pisang di bawah ni


Maha Suci Allah disebalik kejadiannya...

Macam biasale kalau di sini aktivitinya makan strawberry dan beli sayur dan juga ladang teh....
Apa yang pentingnya kami happy....


Besaunya buah kat atas jenuh nak makannya...itu replika le ye...hehehhe



Dan kebun sayur yang luas mata memandang...


Dan kami dapat tempat penginapan yang best ...cuti yang dipenuhkan dengan aktiviti santai dan makan makan hehehehe


Yang pastinya kali ini antara cuti yang paling menghiburkan hati....next year kita pergi lagi ye....

Thursday 16 June 2011

Semua Pesanan Itu....


Dulu ketika lahirku ke dunia yang fana ini...aku disambut dengan kata suci memuji Ilahi

PESAN AYAH: Wahai anakku yang kurindui selamat datang ke dunia yang fana, didadanya bergelimpangan manusia, ada yang hidup gila harta dan ada yang miskin hina dina...

hiduplah kau wahai anakku demi janji yang kau lafazkan ketika di alam rahim ibumu...hadirmu kedunia ini kerana persetujuanmu untuk menunaikan janji..


Setelah aku mula pandai bertatih dan mula berjalan jatuh...AYAH BERPESAN LAGI katanya: Wahai anakku yang kucintai berjalanlah kau dimuka bumi Allah ini dengan rasa rendah diri dan jangan ada bongkak dan bermegah diri..lihatlah pada rumput yang kau pijak dan sesekali dongakkanlah pada langit yang menaungi...


Ketika mula menikmati dunia ini, aku semakin membesar, saban hari aku dihujani dengan pesanan dari ayah dan ibu. Diajar aku mengenali akan Pencipta, dinyatakan tentang kejadian langit dan bumi, disedarkan aku tentang dosa dan pahala..kali ini IBU BERSUARA ; katanya anakku,hidup ini sementara, dunia ini transit ke alam yang lebih kekal setiap perbuatan di sini adalah saham untuk disana andainya kau mengerti akan pembalasan dan ganjaran pahala.


SAMBUNG AYAH PULA : Belajar anak, duniamu masih muda ada banyak perkara baru yang menanti..
Tapi jangan kau berhenti dari belajar untuk mengenali tuhanmu, kerana semakin kau mengenaliNya semakin bertambah kecintaanmu padaNya...dan semakin kau rasakan ia hampir padamu



Jiwa remaja memang rapuh, mudah leka pada duniawi, terpana pada hiburan yang mempesona, saling tertarik pada sesuatu yang berlawanan dan aku tahu ia amat mencemaskan hati kedua ibu bapaku..hingga IBU BERPESAN: Sayangku jiwa mudamu sering runduk pada perasaan, dimainkan emosi tanpa pertimbangan,,ingatlah anakku memelihara nafsu itu jauh lebih baik buatmu di dunia ini.


Ibu dan Ayah sering kali kalian berpesan pasal adat dan sopan...katamu perempuan kena belajar sifat malu kerana disitulah terlihat imannya...malahan ayah sering kali mengingatkan berhati - hatilah ketika berkawan kerana ia bisa merosakkan..tersilap langkah dalam berkawan ia bakal menghanyutkan..Pesan ayah juga carilah kawan yang selalu menegurmu yang nampak dimana kebaikan dan keburukanmu dan tak takut menyatakan kebenaran mengenaimu.

Sehingga aku semakin menginjak dewasa aku sentiasa akur dengan setiap pesanan ayah dan ibu....aku gembira kerana aku menjadi terpelihara sehingga kesaat akhir bila aku dihantar oleh ayah dan ibu ke rumah lain...jauh dari rumah yang aku dibesarkan..


Katamu wahai ayah dan Ibu: Wahai anak yang kubesar dari sekecil tapak kaki, yang aku dodoikan dengan penuh kasih dan sayang, yang aku susukan dengan penuh kerinduan dan yang aku besarkan sebagai satu amanah dari tuhan...hari ini sempurna sudah tugas yang diamanahkan buat kami orang tuamu..kuserahkan dikau pada jejaka yang telah engkau miliki...selama ini telah kami berikan banyak pesanan dan kau layarilah kehidupan dengan jalan kebaikan.Wahai anakku kulepaskan dikau dengan penuh rasa berat di dada..cuma doa kami sebagai orang tua lelaki ini adalah yang terbaik buat kamu menyambung tugas kami yang terdahulu...saat itu ketika kukucup dahi kedua orang tuaku setiap pesanan tersemat kukuh dihati..air mata menitis silih berganti....Wahai ayah wahai ibu terima kasih....


Sebelum kedua orang tuaku berlalu sempat lagi AYAH BERPESAN: Wahai anak, kutinggalkan kau di dunia baru yang asing buatmu bersama dengan lelaki ini dan keluarganya berbahagialah dikau bersama keluarga barumu..sesungguhnya indahnya islam itu sentiasa mempersaudarakan...Anak, ingatlah dunia ini transit keakhirat...Semoga kita beroleh keberkatan dengan amalan yang dikerjakan didunia ini....


Semoga kita bersama menyampaikan walau satu pesanan yang terbaik di dunia ini sebagai saham ke akhirat nanti...

Mitos Pantang larang


Ehh rama rama... rama rama masuk rumah, ada orang nak datang ni..puas aku tunggu. Ehh takde pun orang datang, tadi emak kata ada orang nak datang..errkkk tipu ye...huhuhu

Tak pun mesti anda pernah dengar banyak pantang larang lain.....kepercayaan setempat pada pantang larang..walaupun secara logik akalnya ia nampak tak berasas dan ilmiah...

Kerana aku dibesarkan dalam desa pingitan jadi pantang larang ini menjadi sajian telinga ketika membesar...Jangan nyanyi di dapur, nanti kawin laki tua......Jangan potong kuku di malam hari, nanti kuku mati....Jangan lalu bawah penyidai, nanti ilmu hilang katanya dan banyak lagi jangan itu dan jangan ini.

Kesimpulannya aku tak mengatakan semua pantang larang tu tak benar dan tak juga ia betul :)....cuma dari sudut positif mungkin ada baiknya di setiap larangan tersebut.

\

Apa kata kita ambik contoh mudah..dulu masa zaman muda remaja :) emak selalu kata.."Jangan nyanyi kat Dapur Nanti kawin dengan orang tua"...secara simboliknya kalau tengah syok layan lagu kat dapur silap silap ikan yang digoreng pun hangit di dapur nah betul tak??? ada gak baiknya larangan tadi...Contoh seterusnya jangan potong kuku waktu malam...mana taknya kalau dulu orang potong kuku guna pisau lipat..silap silap tercantas hujung jari hik hik...sekarang ni guna pemotong kuku jadi boleh abaikan kot amalan ni???...

Anak dara jangan duduk atas tangga....ada baiknya larangan ni...yelah dah anak dara duduk berlongok kat tangga umah kanke tak manis rupanya...eissh sungguh tak sopan sekali...dan banyak lagi rasanya pantang larang dulu kala...

Natijahnya ada setengah perkara lama yang masih boleh diguna..yang lama tak semestinya dibuang semua...bersikaplah ambik yang baik dan buang yang buruk....kalau ada larangan yang ditegah membawa kebaikan tak salah kalau ianya diadaptasi dalam kehidupan....


Thursday 9 June 2011

Anak Perempuan Akhirnya Kedapur Juga


"Perempuan belajar setinggi mana pun akhirnya ke ceruk dapur juga" acap kali kita dengar pepatah itukan????...bunyinya terlalu konservetif..bagaikan hakikinya itulah tugas seorang perempuan.Walau dalam hati ada ketidak puasan membuku tapi takut nak diluahkan.takut tak semena - mena senduk melekat di kepala..hehehehe..itu cerita dulu cerita berbelas tahun yang lalu.

Semasa itu,terutamanya gadis pingitan di desa diajarkan ilmu memasak dan menguruskan rumahtangga dengan harapan orang tua, selepas bergelar seorang suri kehidupanmu lebih terurus dan sejahtera... tapi leteran orang tua itu ada benarnya..sekurang- kurang setakad menyediakan menu di atas meja bukanlah perkara yang sukar dilakukan.

kalau dahulu hujung minggu bertemankan ibu didapur , di ajar menu dan petua baru saban minggu..sesekali hangat telingga ditegur ibu bila yang dimasak tak menjadi, kurang asam garamnya...bila menjelang raya diajar pulak menyediakan juadah biskut dan kuih tradisional..aduhai malas rasanya membuat dodol yang masak berjam- jam..menumbuk kacang dengan lesung kaki kerana nak menyediakan putu kacang juadah kegemaran orang tua- tua...belum lagi resepi - resepi lain yang buat aku merungut tak berhenti - henti kerana bosan mengadap itu dan ini.

Tapi kini baru aku mengerti benar kata ibu, setinggi - tinggi mana pun kamu belajar tugasmu sebagai isteri tetap memerlukan kau kedapur...menyediakan juadah kegemaran keluarga, menguruskan rumah tangga kerana dari air tangan itulah mengalirnya kemesraan, mengeratkan kasih dan sayang...

Jawatan Besar yang ada bukan untuk dibanggakan atau berasa megah diri. Kerana apabila kau pulang ke rumah gelaranmu bertukar isteri bukan lagi bos, namamu dipanggil ibu bukan lagi puan...

Rasanya satu kelebihan, walau berkelulusan, berkarier urusan rumahtangga dapat dijalankan dengan baik. Semua ini berkat dari bebelan ibu satu ketika dulu...perempuan ni kalau tak pandai masuk dapur bukan perempuan namanya..hehhehe...terima kasih ye ibu...

Tuesday 7 June 2011

Gembirakan Hati Ibu Dan Bapamu


Semenjak wujudmu di alam rahim kau dibelai dan dijaga penuh kasih sayang..meniti hari demi hari dengan penuh harapan kau lahir dalam keadaan yang selamat dan sempurna. Sehingga tiba saatnya kau lahir menjengok dunia kau diazan/diiqamahkan..diberikan nama yang baik - baik dengan harapan kau membesar menjadi insan yang berguna dan berjasa kepada ibu dan bapa.

Masa silih berganti kau semakin membesar dihantar bersekolah dan akhirnya menyambung pengajian ke peringkat yang tertinggi dan natijahnya kau menjadi orang besar- besar, berjawatan besar, berumah besar, berkereta besar, dan hidup mewah. Sesungguhnya apa yang kau perolehi hari ini adalah hasil dari kepayahan orang tuamu.

Ibu - bapa yang dulu membanting tulang mencari sesuap nasi, ibu yang berjaga malam ketika kau lena diulit mimpi, dan setia menanti di tepi katil menemankan kau yang sakit, ayah yang bermandi peluh bagi memastikan kelangsungan hidup sekeluarga.Betapa setianya pengorbanan ibu dan ayah.




Tapi kini setelah dewasa, berapa banyak masa yang engkau luangkan untuk mereka????
Mengisi kekosongan dihujung minggu dengan membawa anak pulang menziarahi datuk dan nenek yang kesepian dikampung???

Berapa kerap kau bertelefon bertanyakan khabar mereka???

Berapa kali kau menghulurkan wang ringgit untuk kegunaan mereka ketika sesak di kala memerlukan???

Lupakah adakalanya kau bersuara tinggi kerana bosan dengan kerenah dan leteran mereka???

Bahagiakah ibu dan ayah sekarang??? Terubatkah kerinduannya pada anak dan cucu jika hanya mendengar suara entah bila bulannya.. jika hanya bertanya khabar berita melalui kiriman SMS sahaja??? adilkah kita ??? Dahulu 2 insan tua inilah yang paling setia disisi...menemankan kamu ketika baru belajar berjalan berdiri, membantu dirimu ketika kali pertama belajar menungang basikal yang baru dibeli....

Kenapa setelah kita semakin dewasa semakin jauh kita dengan mereka???...di kala petang si tua duduk mengadap jendela mengharapkan anak ,menantu dan cucu yang dirindu kembali menjengok muka ,tak perlu lama cukuplah semalam dua melepaskan rasa rindu didada...

Wahai teman, kejayaan kita hari ini terdorong kerana pengorbanan mereka..buangkan keangkuhan diri, carilah peluang dan masa untuk terus berbakti kepada orang tua kita selagi mereka masih ada...tiada keberkatan tanpa doa dan izin orang tua...

Kawan atau Lawan



Sepanjang perjalanan dalam kehidupan kita melalui banyak fasa. Bersama ramai rakan dan taulan. Adat dalam berkawan bermacam ragam. Ada kawan yang boleh berkongsi sehelai sepinggan, secawan sepinggan, hinggakan tidur sekati..tapi ada juga kawan yang akhirnya jadi macam gunting dalam lipatan

Hakikatnya dalam kehidupan kita memerlukan sokongan dalam kehidupan. Kawan adalah teman terapat terutamanya ketika dibangku persekolahan. Kita lebih cenderung berkongsi masalah dengan kawan- kawan berbanding ahli keluarga terdekat. Beruntung pada anda yang mempunyai rakan taulan yang baik.

Bagiku kawan bukan sekadar tempat untuk kita berkongsi suka dan duka, riang dan tawa tapi ketika menangis juga. Semakin jauh perjalanan hidup berbagai ragam dan sikap manusia yang akan kita lalui..dan percayalah ada diantara rakan ini yang makin lama makin kita jauhi kerana sikap yang mula menunjukkan belang...

Secara mudah rakan adalah untuk
1) Tempat berkongsi suka dan duka
2) Melalui satu tempoh kehidupan bersama
3) Tempat kita melauhkan rasa dan meminta pandangan

Tapi ada juga rakan yang semakin lama akan makin dijauhi / atau mejauhi
atas banyak sebab..dan tak kurang juga yang akhirnya menjadi lawan...pilihlah jalan mana yang anda suka???????

Tapi bagiku secara peribadi saya sayang kamu semua wahai kawan...thanks kerana menceriakan kehidupan...aku bersyukur kerana mempunyai rakan- rakan yang baik budi