Sunday 11 December 2011

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara

Ehh salah tu...itu bukan cara yang betul untuk tulis nombor lapan Umi bersuara cuba memperbetulkan kesalahan si anak....nombor lapan kena tulis macam ni...sambil menulis di atas kertas. Umi celahnya...kalau Ainul buat " cicle " dua kali dan letak rapat, kan jadi nombor lapan jugak...katanya sambil menunjukkan angka lapan yang baru dipelajarinya...sama jelahkan???lapan juga umi katanya....

Sedar tak sedar begitu jugalah kehidupan...kita sering melakukan sesuatu tanpa mengambil kira jalan untuk mencapai matlamat yang cuba kita sasarkan. Adakalanya tanpa kita sedari kita mengambil jalan singkat tanpa mengira halal haramnya, betul dan juga salahnya.

Bagai kisah Robin Hood.Watak seorang lelaki yang berjiwa rakyat...duduk dan berkampung di pedalaman dan merompok untuk membantu. Tapi wataknya digilai..katanya ia pembela rakyat..tapi itu kisah di layar..

Bagaimana pula dalam situasi sekarang?????..

Seorang ibu ditangkap kerana melacur, alasannya susah mencari pekerjaan sekarang.."Saya ibu tunggal, saya terpaksa jual tubuh untuk menyara keluarga" aduh berat rasanya mendengar kenyataan tadi. Dalam keterpaksaan kita melanggar hukuman. sesuatu yang jelas dan mudah untuk di fahami Zina hukuman haram...menyuapkan sumber yang haram ke dalam tubuh badan, apatah lagi ke mulut anak- anak akan membenihkan siat- sifat yang buruk..Niatnya untuk menyara anak dan keluarga. NIATNYA baik...tapi CARANYA salah.

Bagaimana pulak dengan kes di bawah Kami tak buat salah cikgu, kami belajar bersama tak lebih dari itu....Sepasang remaja yang mengulangkaji bersama- sama dengan NIAT untuk belajar...CARANYA mereka berdua mengulangkaji di ruangan tertutup kerana lebih mudah faham dan sunyi....NIAT asalnya baik dan betul tapi CARANYA boleh diragui...

Begitu juga dengan banyak kes yang lain..Kita sering kali silap membuat percaturan. Niat yang asalnya betul tapi kita sampaikan/ jayakan dengan cara yang salah...NIAT TIDAK BOLEH MENGHALALKAN CARA...jadi berhati- hati dalam setiap tindakan kita seharian- harian. Biarlah niat yang dipasang beroleh ganjaran yang baik dariNya..

Friday 7 October 2011

Ketika Rinduku Bertaut.....

 
Ketika Rinduku bertaut
Tak terbendung dan bertepi
Kasih dan Ingatan buatmu
Yang kini tiada disisi

Dikala malam
berkuap di hangat 
dan angin yang kian  hambar
Kotok ingatanku tak kunjung padam
Ingatan yang tak hilang- hilang 
Betapa aku amat merinduimu...

Wahai seorang ayah 
yang berjasa dan berbudi
membesarkan aku
dengan setiap titik peluhmu
yang tumpah kebumi
Kau pergi sebelum sempat
Kami membalas jasamu
sebelum  sempat kau melihat 
kami keluar menjadi graduan
Kami keluar menjadi insan

Wahai ayah....kerana jasamu
aku menjadi orang yang lebih baik
dari semalam yang ku tinggalkan
Telah lama  masa pemergianmu
Tapi aku sedar malah amat faham
didalam setiap rerambut darahku
di dalam setiap hirup nafasku
ada semangatmu...

Pernah orang berkata
kenapa aku saling tak tumpah sepertimu...
sikapku, caraku, tindakanku
fikiranku....itu semua kerana aku
adalah anakmu....

Ketika di lewat malam ini
air mataku tak terbendung
titis menyelusuri pipi...
Ya Allah rinduny aku padamu...

Terasa ada mata yang sentiasa melihat
terasa ada suara yang sentiasa meningatkan
Terasa ada tangan yang menyentuh 
lembut ke tubuhku.....usapan kasih dan sayang...
Wahai ayah...kini kami semua telah meninjak dewasa
meniti hari demi harapan tanpamu
dan kami selalu dan akan sentiasa
menyelesaikan setiap amanah yang kau tinggalkan

Abah....Kini Ibu semakin uzur
Semakin akrab dengan sakit
semakin rapat dengan lemah...
ada masanya di ketika ini...
aku amat mengharapakan abah ada disisi
tempat untuk kami mengadu
bertanya dan meminta...

Rindu...bertahanlah
Rindu bersabarlah...
Pasti satu masa kita akan di temukan...
Ya Allah kau peliharalah setiap kesayanganKU...
Kau sayangilah mereka seperti mana mereka mengasihiku
Ya Allah..kau Rehdakanlah segalanya...



....................Midah,Sitiawan 8 Oktober 2011....................
Al-Fatihah Buat Arwah ABahku Abdul Latiff bin Mat Tahir.

Thursday 6 October 2011

Mengubat Jiwa

Wah penat memujuk si kecil yang jarang sekali di tinggalkan. Memanglah hakikatnya sudah agak lama aku tidak meninggalkannya untuk satu tempoh yang panjang. Puas juga di terangkan namun jawapannya tetap sama..Ainul nak ikut tempat kursus Umi...Kenapa pulak tak boleh????? Faktor ekonomi yang kurang memberangsangkan . maka kursus pun jarang sekali di anjurkan..jadi lemaklah si anak kecil ini dengan uminya....anak manjalah katakan :) Sesekali benak hati bersuara..." eh bolehke anak aku ni ditinggalkan berduaan dengan walidnya???? sabarkah walidnya dengan kerenahnya??? macam mana pulak dengan makan minumnya??? Pakaiannya??? tak ke dia meragam tidur malam??? macam mana kalau dia sakit di tengah malam atau deman???? isskkk...banyaknya soalan..kalau difikirkan jawapannya tak hadir berkursus ni...huhuhu Sudahnya aku pejamkan mata....alahai anak...Umi ni orang kecik..kena akur pada perintah....Dan sebagai ubat untuk menawarkan rasa rajuk di hatinya...hari ini Umi tamukan Ainul dengan makanan kegemarannya dan bermain sepuasnya di taman permainan...Nanti Umi pergi kursus jangan nakal-nakal tau.....jangan kasi walid marah...takut nanti jadi gulai ...:)

Wednesday 14 September 2011

Si Tanggang Moden


Andainya aku tersilap..perbetulkan. Andainya aku lari dari paksi yang sebenarnya...bimbinglah aku ke jalan yang benar..Itulah hakikat hidup di dunia. Sering kali kita alpa dalam setiap tindakan. Ada masanya menguris jiwa, mengusik rasa, menyentuh kalbu dan mengalirkan air mata.

Andainya hari ini topikku lari dari kebiasannya ianya kerana keluhan jiwa...berdasarkan pengamatan. Manusia bersifat lemah . Allah menciptakan Manusia dengan sebaik- baik kejadian. Allah menjadikan manusia sebagai khalifah untuk meneruskan risalah islam. Hidup bukan satu titik noktah. Teringat ketika berbicara dengan seorang teman. Kematian adalah satu permulaan...Berkerut dahi mencerna idea..kemudiannya aku faham.Kematian menamatkan jantung yang berdenyut..tapi ia peralihan satu fasa kehidupan..ketika sedikit demi sedikit amalan ketika hidup ini mula dipersoalan...benarlah kematian itu satu kiamat yang kecil..


Berbalik kepada tajuk utama. Allah memberikan anak sebagai satu rahmat dan ujian buat kita. Putaran masa menyaksikan si anak yang dulu dilahirkan kian membesar dan meningkat dewasa dan putaran alam juga menyaksikan setiap keperluan pusingan kehidupan itu akan berlangsung.

Dari seorang bayi membesar menjadi anak kecil yang pandai bermain dan berlari, bersekolah dan meningkat remaja, membesarnya dikau hingga dewasa, berkerja, berkahwin, beranak dan kian mengejar tua...dan pusingan ini juga ada masanya menyebabkan banyak yang ditinggalkan.

Seorang ibu yang dulu melahirkan dan membesarkan kian terabai..ibu yang dulu bersengkang mata berjaga siang dan malam, membelai dengan penuh kasih dan sayang tanpa sedikit rungutan..akhirnya setelah kau membesar dan melangkah keluar dari halaman bonda banyak juga perkara yang terus kau lepaskan berlalu...

Wahai anak....sedarkah kau ada hati tua yang berlagu sayu????? di luar ia nampak teguh tapi di dalamnya penuh bergelora..Jiwanya sarat dengan rasa rindu yang bersarang..pada anak dan juga cucu...sibuknya kita dengan urusan keluarga sendiri hinggakan ibu tua yang dulu disanjungi kian diabaikan...tanyalah pada diri sendiri..berapa kali kau menghubungi di desa bertanya khabar???? bilakah kali terakhirnya berjumpa melepaskan rasa rindu pada si ibu tua yang sentiasa setia menunggu di muka pintu...tanyakan juga pada diri dimanakah kedudukan ibu tua itu di hatimu diketika dan saat ini????pentingkah mereka???? adakah mereka merupakan urusanmu yang utama atau urusan dunia yang lain menjadi tumpuan kita....bila kali terakhir kita bertanya tentang sakitnya??? sihatnya??? tanyalah...tanyalah....


Cuba kita renungkan kembali...satu masa dahulu..dari rahim itu kita dikeluarkan. dari susu itu kita dibesarkan, dari tangan itu kita didodoikan, dengan kudrat itu kita dijaga dan dipelihara, dengan titik peluh itu kita meminta dan meminta tanpa pernah ambik peduli tentang kemampuan untuk memenuhi permintaan si anak, dari air mata itu kita melihat kasih sayang yang amat mendalam, dari darah yang mengalir terasakan hangatnya kasih dan sayang...agungnya kasih sayang ibu dan bapa....tetapi setelah kita bergelar dewasa, kita semakin melupakan semua itu...meninggalkan jauh tentang hak seorang ibu tentang jasa seorang ayah.

Sekadar ingatan untuk diri...aku amat bersyukur..Allah membawaku kedunia melalui seorang wanita yang hebat dan ayah yang kuat...dan kerana jasa mereka aku masih hidup di dunia. meraih kejayaan, mengumpul kekayaaan...semago Allah sentiasa memelihara Kedua orang tuaku dan semua ibu bapa yang berada di luar sana....Semoga Allah menempatkan mereka yang telah pergi di kalangan hambaNya yang beramal soleh...diberikan kebaikan dan kerahmatan Allah kerana jasa mereka membesarkan kami..Kerana dua jiwa ini kita hidup kedunia, kerana dua jiwa ini kita bernafas, kerana dua jiwa ini kita membesar dan kerana dua jiwa ini kita berjaya...tapi janganlah kau biarkan jiwa mereka semakin sayu dan layu..kerana kesibukan dunia, kepentingan diri...dunia hanyalah satu perjalanan yang panjang dan tidak bersifat hakiki..satu masa kita akan meninggalkannya...hargailah kedua ibu dan bapa kita selagi ada hayatnya.......

Sunday 21 August 2011

Ramadhan Ini



" Minta maaf, Surau mana ye????...ooo surau jawabku sambil pantas tangan menunjukkan arah menuju surau yang terletak di hujung bangunan. Ekor mataku mengintai si gadis dalam usia awal 20-an itu berlalu. Ku alih pandangan ke sisi. Kulihat dahinya berkerut. Ku sapa lembut pipi si temban disisiku..Kenapa???soalan ditutur memecah suasana.

Umi kakak tu nak pergi mana???..Kakak tadi??? laju angguknya macam burung mematuk makanan.aku tersenyum..ohh kakak tadi nak ke surau..Kenapa??? tanyaku pula.. Kakak tu puasa ye Umi??? kali ini giliranku pula berkerut dahi..puasalah sebab tu dia nak pergi sembahyang pantas jawapanku untuk memuaskan hatinya.Dulu Umi kata kalau kita dengar cakap Allah kita kena sembahyang, Puasa...dan tutup rambutkan??? kalau kakak tu tak tutup rambut bolehke dia sembahyang umi??? errkkk...bertambah kerut di dahiku...baru aku faham apa yang bermain di kepalanya tadi..terbayangkan si gadis tadi.Manis budaknya tapi jujurnya pakaian yang dikenakannya melekat ke badan, bajunya singkat di paras pinggul dan memang benar kata anakku dia tidak menutup kepala." eh jom, kita sembahyang dulu, nanti lewat pulak, ku bimbing tangan si anak menuju ke surau untuk melupakan seketika soalannya tadi.



Kejadian ini berlaku 2 hari yang lalu ketika kami sekeluarga berbuka puasa diluar.Terdetik di hatiku sebagai seorang dewasa andainya seorang anak kecil mampu untuk mencernakan dikepalanya mengenai larangan apalah yang sukarnya buat seorang dewasa seperti kita untuk memahami mengenai yang halal dan haram kerana apa yang penting adalah penghayatan.

Apa makna puasa?

Puasa menurut pengertian bahasa bermaksud menahan dari sesuatu seperti menahan dari bercakap, makan, minum atau sebagainya.
Adapun puasa menurut pengertian Syara‟ (yakni puasa yang disuruh Allah supaya dikerjakan oleh setiap orang Islam) ialah; “Menahan diri dari makan, minum dan jimak (persetubuhan) dengan suatu niat dan ikhlas kepada Allah”. (Tafsir Ibnu Kathir; Surah al-Baqarah, ayat 183)

Masa berpuasa ialah dari terbit fajar Sodiq (iaitu fajar yang menandakan masuknya waktu subuh) hinggalah terbenam matahari (iaitu masuknya waktu maghrib).

Pada hakikatnya puasa bukanlah sekadar meninggalkan makan minum pada siang hari. Tetapi puasa yang sebenarnya ialah menegahkan diri daripada segala yang perkara haram, dosa dan maksiat seperti mengumpat, berbohong, menipu, memandang yang haram, memudaratkan orang lain dan sebagainya.

Namun rata- ratanya di saat ini, mengambil konsep yang salah..berpuasa tapi tidak menutup aurat, berpuasa tapi masih membazir, berpuasa tapi masih tidak mampu menjaga hati dan mulut dari perbuatan yang sia- sia.

Alangkah indahnya seandainya puasa itu dihayai sepenuhnya.sudah pasti amalan itu akan membuahkan hasil yang amat baik di penghujungnya...Semoga Allah mengurniakan kekuatan akal kepada kita untuk memperbaiki setiap tindakan berpandukan pada Al- Quran dan Sunnah..

Teringat ceramah seorang ustaz mengenai peliknya manusia...Pasangan kekasih yang sedang memandu kenderaan ke luar bandar..mencari tempat untuk bercanda melepaskan rindu..ketika dalam perjalanan tiba- tiba mereka berhenti di simpang jalan yang lampu isyaratnya sedang bernyala berwarna merah..ohh yelah merah berhenti...selepas warna bertukar hijau pasangan tadi meneruskan perjalanan menuju ke hotel..persoalannya bukan apa yg mereka buat di hotel murah berkenaan..tapi peliknya manusia boleh berhenti kerana lampu isyarat berwarna merah...betapa manusia itu lebih takut dengan undang- undang yang diciptakan oleh manusia daripada hukum Allah..nauzubillah...

Semoga kita sama- sama menyampaikan walau satu pun ayat untuk kebaikan bersama...


Monday 15 August 2011

Wahai Anak Yang Ku Lahirkan....


Wahai anak...
Yang ku kandungkan selama 9 bulan 10 hari dengan penuh kasih dan sayang..
Yang Ku tunggukan kehadiran setelah sekian lama bersatu
Yang ku doakan kehadiran setiap kali sujudku..
Yang sentiasa ku impikan hadirmu

Wahai anak..
Rezeki dari Allah
Yang Maha Merencana
Ku bawa hadirmu dalam tubuhku
ketika darah dan nafas kita bersatu..
tiada seharipun ada rasa jemu
membelaimu dengan penuh kasih dan sayangku....


Wahai Anakku..
Ketika cukup waktu
Kau keluar melihar dunia
dan kuiringi kehadiranmu dengan tahmid dan pujian
ke atas Pencipta, di atas kurniaNya..

Ku besarkan dikau penuh dengan kasih sayang
Melihatmu membesar adalah saat- saat terindah
dan tak ku sedar betapa pantasnya masa berlalu


Wahai anakku
Pintaku sebagai ibumu...
Membesarlah kau sebagai anak yang berguna
yang menyenangkan hati ketika hidupku
dan yang mendoakan ketika jasad ini dimamah bumi

Kau tahu anakku...
Cabaran hidup ini tidak mudah
sebegitu juga dalam membesarkanmu
pastinya banyak onak dan cabaran yang berliku
Semoga kita dianugerahkan kekuatan
untuk melalui hari yang mendatang
dengan iman dan taqwa

Wahai anakku...
Yang kubesarkan dari sekecil tapak tangan
yang kudodoikan dengan penuh perhatian
yang kubesarkan dengan penuh penjagaan
masa akan terus berlalu buatmu
kau akan semakin membesar
dan adat alam
Umi pasti mengejar masa tua
dan mati yang menanti dihujung sana


Wahai anakku
di sempena kelahiranmu
Umi titipkan kata- kata
mungkin tidak esok atau lusa
tapi pasti tiba satu saatnya
kau akan mengerti
betapa mendalamnya kasih ini
buatmu Anakku...

Keranamu adalah semangatku...
Pinta Umi...
Jadilah anak yang baik
Jadilah anak yang taat
Berbakti Pada Allah
Berbakti pada orang tua
Bahagiakanlah setiap insan disisimu
Hiasilah dirimu dengan adap dan sopan
jadilah kau seperti semalu
yang sentiasa tertunduk malu
namun berduri melindungi diri
Kelak
kau akan dewasa
terus menempuh cubaan dunia
Semoga kuat untuk terus melaluinya
dan Umi
serta Walid akan terus disisimu
selagi ada nafas....
kerana dikau adalah amanah tak terhingga buat kami...

Selamat Ulang Tahun ke 4 pada 16.8.2011 buat anakku Nur Ainul Basirah






Wednesday 20 July 2011

Pesanan Terakhir Ke Sempadan Akhirat


Mati itu benar, Mati itu pasti..

Wahai teman sebenarnya jarang sekali aku turut sama turun menghadiri pengebumian melainkan saudara yang terapat...19/07/2011 aku menerima panggilan kecemasan dari kampung memaklumkan mak saudaraku telah pulang dijemput penciptaNya..alhamdulilah kami sekeluarga sempat berada di perkuburan dan menunggu sehingga selesai pengebumiannya sebagai penghormatan terakhir.

Jujur pada diri ini, terasa masa buat kita semakin hampir, umur yang dibanggakan semakin menjengok senja, kulit yang dulu menegang semakin mengendur,mata yang dulu terang kian kabur.tubuh mula dicucuk sakit dan pilu...antara sedar dan tidak kita sering menolak mati itu semakin hampir..semakin jauh kaki melangkah semakin hampir kita dengan tarikh kematian..

Ketika talkin dibacakan satu persatu ayat menusuk tajam halwa pendengaranku menikam jauh ke dalam jiwa..Ya Allah, ampunkan aku, Ya Allah berikanlah Syafaatmu buat kami, Ya Allah sedarkanlah kami ketika kami hanyut dengan kesibukan dunia..Ya Allah dekatkan kami denganMU, Ya Allah temukan kami dan keluarga serta teman seislam kami dengan kematian yang baik dan tempatkanlah kami di tempat hambamu yang Kau pilih dengan rahmatMu.

Ketika petang semakin lanjut, jenazah dimasukkan ke kuburan, tanah ditimbus menutup ruang mata dan terpisahlah pandangan pada jasad yang selama ini sentiasa di sisi. Ketika hari makin menjengok senja aku dengar dengan jelas satu persatu ayat yang dibacakan.Jelas dan padat penerimaannya buatku..


Assalamualaikum.

Bissmillahhirahmanirahim.

Maha suci Allah yang Maha Kuasa lagi kekal tanpa kesudahannya,maha suci Allah yang telah menentukan manusia seluruhnya terpaksa menempuh kematian, supaya dapat dicuba dan diuji siapakah diantara manusia yang telah mengerjakan amal soleh dan membuat kebaikan, maka segala amal bakti dan hasil daripada perkerjaan mereka itu semuanya akan dapat dilihat satu persatu,pada hari yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, segala sesuatu yang lain daripada Allah S.W.T tetap akan rosak dan binasa kerana Allah yang mengatur segala-galanya dan kepada Allahlah kita semua akan dikembalikan, maka berbahagialah sesiapa juga yang terselamat dan juga terlepas dari azab api neraka dan seterusnya mendapat balasan nikmat yang berkekalan dalam syurga.adapun nikmat dan keseronokan di dunia semuanya hanyalah untuk sementara waktu sahaja,

Allah S.W.T menjadikan kita semua daripada tanah,maka ke dalam tanah kita akan dimasukkan,dan daripada tanah juga kita akan dikeluarkan semula, Allah S.W.T menghidupkan kita semula kembali supaya menanggung amanah-amanah dan menjalankan kewajipan sebagai hamba Allah, hinggalah Allah S.W.T perintahkan malaikat israfil meniup sangkakala maka dihidupkan kita semula dengan serentak untuk dibawa kita ke hadapan mahkamah kadirabuljalil.

Suasana hening menguasai tanah perkuburan..kukira bacaan talkin diteruskan lebih pantas kerana warna alam mula berubah..langit semakin gelam matahari mula turun ke ufuk...

Wahai saudaraku Pulan Bin si Pulan

Semoga Allah kurniakan kesihan belas ke atas saudara.ketahuilah bahawa segala nikmat dan keseronokan dunia telah hilang daripada saudara sekarang ini.saudara telah masuk kesempadan akhirat dan tinggal disini sehingga hari kiamat.Wahai saudaraku janganlah sesekali saudara lupakan pengakuan dan perjanjian kita semasa hidup didunia iaitu kalimah Asshaduallailah haillahwaasyhhaduanamuhamadurasullah..
Apabila datang dua malaikat yang ditugaskan untuk memeriksa saudara dengan perintah Allah. maka janganlah saudara gentar dan takut.kerana mereka juga makhluk Allah sama seperti saudara. Mereka Akan bertanya

siapakah tuhan yang saudara sembah?

Siapakah nabi saudara?

Apakah iktikad dan kepercayaan saudara?

dan atas agama apakah saudara hidup dan mati?

katakanlah kepada mereka Allah tuhanku yang sebenar-benarnya, bila ditanya lagi maka jawablah AllaH tuhanku yang sebenar-benarnya. bila di tanya bagi kali yang ketiga iaitu kali yang terakhir maka jawablah dengan lidah yang lancar tanpa rasa takut dan gentar Allah tuhan ku, Muhamad rasulullah nabi ku ,islam adalah agamaku, Al-Quran sebagai pedoman dan ikutanku, Baitullah adalah kiblatku,Sembahyang adalah kewajipanku,sekalian orang islam adalah saudara-saudaraku,Ibrahim Al-Khalil adalah bapa bagi agamaku,hidup dan matiku adalah atas kalimah laillahaillahmuhamadurrasulullah.

Ingatlah dan peganglah bersungguh-sungguh kenyataan pesanan ini,ketahuilah bahawa saudara akan berada di alam barzah ini sehingga hari kiamat,tiada siapa yang dapat menolong dan membantu saudara
Ketahuilah wahai saudaraku,bahawa sesungguhnya mati itu adalah benar,memasuki liang kubur juga benar,soalan mungkar dan nakir dalam kubur adalah benar,dibangkitkan semula semua manusia untuk diperiksa segala amalannya juga adalah benar,melalui titian sirat,balasan nikmat syurga dan siksa api neraka semuana adalah benar belaka, dan tetap akan berlaku dan bahawasanya hari kiamat tetap akan tiba tanpa syak dan ragu-ragu lagi,maka Allah akan menghidupkan kita semula sekalian manusia,

Allah..beratnya melepaskan insan yang tersayang...tapi janji Allah telah datang

Wahai saudara,

Selamat tinggal buat selama-lamanya dan kami serahkanlah saudara kepada Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,semoga dicucuri rahmat dan keampunanNYA ke atas saudara,ya Allah yang maha berkuasa,ya Allah yang maha berkuasa, ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,kurnikanlah limpah rahmatMU kepada saudara hambamu ini,ampunkanlah dosa-dosanya dan ampunkanlah dosa-dosa kami.yarrabalalamin.

Wahai saudara,

Ingatlah pesanan yang terakhir,bahawasanya Allah Adalah tuhan kita, islam satu-satunya agama kita dan Muhamad S.A.W. adalah nabi kita.kepada Allah kami berharap supaya memberi perlindungan kepada saudara, mengampuni dosa-dosa dan kesalahan saudara serta memberi ganjaran diatas segala amalan dan kebaikan yang telah saudara lakukan.amin yarabalalamin.AL-FATIHAH.

Selesai sudah talkin dibacakan..seorang demi seorang beredar..tadi di sisi pusara ramai sanak dan saudara tapi kini mula lenggang meninggalkan jasad yang telah disemadikan..terpisahlah kau dan dunia...ketika aku mula bangun menyusun langkah sayup kedengaran azan maghrib berkumandang...setitis dua air mataku jatuh menyapa pipi..kukalih pandangan sayu kearah kubur yang kaku dan kayu yang dipacak sebagai tanda..

Aku bisik pada diri..pergilah masamu telah tiba dan kami ini pasti akan megikutimu nanti cuma masanya sahaja yang belum pasti....semoga bacaan talkin tadi mencairkan hati yang keras, merundukkan nafsu yang bergelora, mematikan syawat pada milik dunia...semoga ada keseimbangan dunia dan akhirat...Ya Allah lorongkanlah kami kearah kebaikan dunia dan akhirat.




catatan: Bacaan teks talkin tidak sepenuhnya..telah diedit mengikut keperluan cerita..

Wednesday 13 July 2011

Dizalimi dan Menzalimi...


Situasi semasa sering kali menguji benak fikiran saya...sebagai seorang pemerhati.antara kisah orang yang dizalimi dan menzalimi. Teringat monolog saya dengan sekecil lewat hari yang lalu..

" Umi kesian anak kucing tu, sapanya memecah hening petang..aku menoleh kearahnya..matanya rencam memandang jauh kehadapan..aku mengalihkan pandangan ke arah yang sama...terlihat anak kucing yang berlegar- legar diruangan yang terkunci.dibiarkan didalam ruangan sempit jaring besi yang pengap, basah dan mesti berbau..kenapa kesian??aku kalih pandangan padanya??? yelah dia duduk kat dalam rumah tu..kecil je macam mana nak keluar?? macam mana nak makan??? bolehke macam tu umi???..dia berak kat mana??? bertalu- talu soalannya akibat rasa ketidak puasannya dengan apa yang dilihat..."

Itu konsep mudah yang dilihat dari kaca mata seorang anak kecil. Pastinya konsep zalim jauh dari pengetahuannya. Tapi dia tahu itu salah dan tidak benar pada tempatnya. Ingin sekali aku nyatakan pada sekecil ini..anak, itulah namanya sifat zalim.. Dalam Islam Zalim adalah tindakan yang melampau dari batas yang ditetapkan di dalam agama dan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.Contohnya macam kucing tadi..Walaupun dia seekor haiwan tapi dia punya hak untuk bebas, bebas mencari makan, dan keluar berkawan tapi hak itu telah dinafikan oleh penjaganya.dan sudah pasti itu salah.

Sudah pasti ada banyak contoh lain yang boleh diberikan. Antaranya sikap zalim yang melibatkan :-

1)hubungan manusia dengan manusia
2)manusia dengan penciptaNya
3)Manusia dengan haiwan
4)Manusia dengan alam sekitar
5)Manusia kepada dirinya sendiri

dan banyak situasi lain yang wujudnya unsur zalim. Zalim juga boleh diertikan tindakan yang keluar dari prinsip kemanusiaan.


"Segala hak akan dibayar kepada empunya pada hari kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri- biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri - biri yang tidak bertanduk -Hadis riwayat Muslim)"

Kezaliman juga boleh jadi kerana kerakusan pada kuasa dan harta, keinginan untuk hidup senang dan mendapatkan nama sehingga memilih jalan mudah dengan menindas insan yang lain.

"Wahai hambaku, sesungguhnya aku telah mengharamkan kezaliman atas diriKu dan Aku telah menetapkan haramnya(kezaliman itu) diantara kalian, maka janganlah kalian saling berlaku zalim..."
(HR Muslim).

Lihatlah antara ayat- ayat yang melarang perlakuan zalim...


Kerana perbuatan zalim ini bersifat satu penganiyaan dan penindasan boleh jadi zalim ini melibatkan kita sesama kita, pemimpin dengan rakyat, jiran sesama jiran, anak kepada ibu bapa, guru kepada murid dan banyak konteks hubungan 2 hala yang lain.

Semoga keadaan ini semakin dibaik pulih dan diperbaiki dari semasa ke semasa..jika ianya adalah hak bagi orang yang lain serahkan pada yang hak..mengambil sesuatu sama ada berupa kebendaan, keperluan, keistimewaan atau kebenaran yang bukannya total milik kita adalah satu kezaliman buatnya yang telah dinafikan haknya.




Sekiranya anakku yang masih kecil boleh melihat melalui pandangannya apa yang dirasakan salah dan benar mustahil seorang bergelar dewasa tidak mampu memahaminya..berlakulah adil bagi setiap tindakan dan keputusan

Teringat kiriman seorang rakan.." ketika yang menzalimi sedang lena dalam peraduan, yang dizalimi bangkit menadah tangan menyeru pada Pencipta. dan pastinya doa yang dizalimi didengari olehNya...cuma masa dan ketika yang menjadi saksi pembalasan..Kiranya dunia ini makin menuju kepada akhirnya, setiap kesalahan di dunia ada masanya di bayar secara tunai di dunia jua.

Begitu jugalah zalimnya manusia pada tuhannya..mungkin kawan- kawan pernah mendengar atau melihat..Aku seorang Jutawan, kerjayaku sukses,Perniagaanku semakin besar empayarnya, hartaku melimpah ruah, telah puas aku menjelajah ke seluruh dunia, aku Islam tapi aku tidak solat, tidak zakat tidak puasa tapi aku tetap kaya...

Tapi tahukah kita harta juga satu ujian untuk melihat adakah kita berlaku adil pada harta yang dianugerahkan??? adalah kita menzalimi orang yang memerlukan??harta adalah satu ujian yang maha besar buat kita..tidak semua yang kita miliki hak persendirian kita semata mata..kita lupa harta yang tidak diberikan sedikit nikmatnya buat yang lain kita zalim pada yang miskin, harta yang tidak kita zakatkan kita zalim pada hak tuhan..berdosa atas limpahan nikmat yang diberikan..




Oleh itu kawan- kawan marilah kita melihat diri, pastinya manusia ini lemah banyak kesilapan yang sering kali diadakan,, semoga penambahbaikan akan memperbaiki keadaan...jangan terus menzalimi dan jangan biarkan diri kita dizalimi. bersuaralah pada yang benar..

Friday 24 June 2011

Pengurusan Masa


Dalam tugasan seharian sering kali kita mengejar masa, bagi yang berkerja bergelut menyiapkan sesuatu tugasan sebelum tarikh akhir, bagi pelajar penat jerih menyiap kan segala tugasan untuk melunaskan keperluan dalam kuliah dan tak kurang juga bagi si ibu dirumah yang sibuk menguruskan urusan seharian..terjerit- jerit memanggil anak yang masih lena dibuai mimpi sedangkan hari kian dinihari, sibuk bekejar ke pasar dan bersilat di dapur dalam menyediakann juadah seharian.

Tapi hakikatnya setiap manusia walau apa jawatannya di peruntukkan 24jam sehari..tak mungkin kurang dan tak akan lebih. Bergantunglah kepada kebijaksanaan individu itu sendiri untuk menguruskan masanya. Pengurusan masa sebahagian dari displin peribadi yang penting.Kebijaksanaan kita untuk menguruskannya amat penting untuk memastikan kelangsungan hidup yang lebih tersusun.


Setiap manusia diberikan masa 24jam sehari dan mereka mesti menguruskan masa tersebut dengan baik dan berfeadah serta memberikan pulangan yang maksimum kepada matlamat yang ingin mereka capai. Sususkan segala tugasan dan tanggungjawab yang perlu dilakukan mengikut keutamaan, contohnya apa yang "mesti dilakukan" dan " mahu dilakukan". Susunkanlah sesuatu keutamaan untuk diberikan tumpuan terlebih dahulu dan seandainya perlu buatlah catatan untuk meletakkan setiap perkara yang perlu dilakukan.


Dan apa yang paling penting hapuskan sikap bertangguh tangguh serta manafaatkan masa yang terluang dengan cara yang paling produktif...

ingatlah
Kelmarin sudah berlalu
Esok masih belum tahu tapi
Hari ini peluang masih ada bersamamu....

Selagi masih ada nyawa uruskan masa anda dengan baik, elakkan bertangguh, elakkan dari terus mencipta alasan, buatlah perancangan, bahagikan masamu ke arah yang lebih positif ...

Wednesday 22 June 2011

Bercuti di banjaran

Alhamdulilah perancangan kami sekeluarga untuk bercuti tercapai juga...thanks pada semua ahli keluarga yang memberikan kerjasama...jadi aku sharekan sedikit gambar percutian kami ke Tanah Tinggi Cameron Highland Pahang pada 18-19hn Jun yang lalu...


Kenapa saya suka ke sana???hehehe memanglah tempat ni antara destinasi kegemaran kami suami isteri...out of stress...jauh dari hiruk pikuk, sejuk dan nyaman ..:) best2 dapat layan memanjakan diri..meh kita tengok antara gambar alam flora yang sempat ditangkap


dan juga ini


serta ini juga...


Mungkin kerana aku wanita, bunga tu jadi sesuatu yang menarik untuk dihayati tapi tak berminat pun nak tanam...dulu je suka hehehhe....


Cantikkan tengok tu bunga yang menarik, berbagai warna dan bentuk yang berbeza- beza....begitu indah kejadian alam yang diciptakan Allah....

Tak kurang juga sesuatu yang pelik dan menarik perhatian kami...cuba perhatikan jantung bagi pokok pisang di bawah ni


Maha Suci Allah disebalik kejadiannya...

Macam biasale kalau di sini aktivitinya makan strawberry dan beli sayur dan juga ladang teh....
Apa yang pentingnya kami happy....


Besaunya buah kat atas jenuh nak makannya...itu replika le ye...hehehhe



Dan kebun sayur yang luas mata memandang...


Dan kami dapat tempat penginapan yang best ...cuti yang dipenuhkan dengan aktiviti santai dan makan makan hehehehe


Yang pastinya kali ini antara cuti yang paling menghiburkan hati....next year kita pergi lagi ye....

Thursday 16 June 2011

Semua Pesanan Itu....


Dulu ketika lahirku ke dunia yang fana ini...aku disambut dengan kata suci memuji Ilahi

PESAN AYAH: Wahai anakku yang kurindui selamat datang ke dunia yang fana, didadanya bergelimpangan manusia, ada yang hidup gila harta dan ada yang miskin hina dina...

hiduplah kau wahai anakku demi janji yang kau lafazkan ketika di alam rahim ibumu...hadirmu kedunia ini kerana persetujuanmu untuk menunaikan janji..


Setelah aku mula pandai bertatih dan mula berjalan jatuh...AYAH BERPESAN LAGI katanya: Wahai anakku yang kucintai berjalanlah kau dimuka bumi Allah ini dengan rasa rendah diri dan jangan ada bongkak dan bermegah diri..lihatlah pada rumput yang kau pijak dan sesekali dongakkanlah pada langit yang menaungi...


Ketika mula menikmati dunia ini, aku semakin membesar, saban hari aku dihujani dengan pesanan dari ayah dan ibu. Diajar aku mengenali akan Pencipta, dinyatakan tentang kejadian langit dan bumi, disedarkan aku tentang dosa dan pahala..kali ini IBU BERSUARA ; katanya anakku,hidup ini sementara, dunia ini transit ke alam yang lebih kekal setiap perbuatan di sini adalah saham untuk disana andainya kau mengerti akan pembalasan dan ganjaran pahala.


SAMBUNG AYAH PULA : Belajar anak, duniamu masih muda ada banyak perkara baru yang menanti..
Tapi jangan kau berhenti dari belajar untuk mengenali tuhanmu, kerana semakin kau mengenaliNya semakin bertambah kecintaanmu padaNya...dan semakin kau rasakan ia hampir padamu



Jiwa remaja memang rapuh, mudah leka pada duniawi, terpana pada hiburan yang mempesona, saling tertarik pada sesuatu yang berlawanan dan aku tahu ia amat mencemaskan hati kedua ibu bapaku..hingga IBU BERPESAN: Sayangku jiwa mudamu sering runduk pada perasaan, dimainkan emosi tanpa pertimbangan,,ingatlah anakku memelihara nafsu itu jauh lebih baik buatmu di dunia ini.


Ibu dan Ayah sering kali kalian berpesan pasal adat dan sopan...katamu perempuan kena belajar sifat malu kerana disitulah terlihat imannya...malahan ayah sering kali mengingatkan berhati - hatilah ketika berkawan kerana ia bisa merosakkan..tersilap langkah dalam berkawan ia bakal menghanyutkan..Pesan ayah juga carilah kawan yang selalu menegurmu yang nampak dimana kebaikan dan keburukanmu dan tak takut menyatakan kebenaran mengenaimu.

Sehingga aku semakin menginjak dewasa aku sentiasa akur dengan setiap pesanan ayah dan ibu....aku gembira kerana aku menjadi terpelihara sehingga kesaat akhir bila aku dihantar oleh ayah dan ibu ke rumah lain...jauh dari rumah yang aku dibesarkan..


Katamu wahai ayah dan Ibu: Wahai anak yang kubesar dari sekecil tapak kaki, yang aku dodoikan dengan penuh kasih dan sayang, yang aku susukan dengan penuh kerinduan dan yang aku besarkan sebagai satu amanah dari tuhan...hari ini sempurna sudah tugas yang diamanahkan buat kami orang tuamu..kuserahkan dikau pada jejaka yang telah engkau miliki...selama ini telah kami berikan banyak pesanan dan kau layarilah kehidupan dengan jalan kebaikan.Wahai anakku kulepaskan dikau dengan penuh rasa berat di dada..cuma doa kami sebagai orang tua lelaki ini adalah yang terbaik buat kamu menyambung tugas kami yang terdahulu...saat itu ketika kukucup dahi kedua orang tuaku setiap pesanan tersemat kukuh dihati..air mata menitis silih berganti....Wahai ayah wahai ibu terima kasih....


Sebelum kedua orang tuaku berlalu sempat lagi AYAH BERPESAN: Wahai anak, kutinggalkan kau di dunia baru yang asing buatmu bersama dengan lelaki ini dan keluarganya berbahagialah dikau bersama keluarga barumu..sesungguhnya indahnya islam itu sentiasa mempersaudarakan...Anak, ingatlah dunia ini transit keakhirat...Semoga kita beroleh keberkatan dengan amalan yang dikerjakan didunia ini....


Semoga kita bersama menyampaikan walau satu pesanan yang terbaik di dunia ini sebagai saham ke akhirat nanti...