Wednesday 14 September 2011

Si Tanggang Moden


Andainya aku tersilap..perbetulkan. Andainya aku lari dari paksi yang sebenarnya...bimbinglah aku ke jalan yang benar..Itulah hakikat hidup di dunia. Sering kali kita alpa dalam setiap tindakan. Ada masanya menguris jiwa, mengusik rasa, menyentuh kalbu dan mengalirkan air mata.

Andainya hari ini topikku lari dari kebiasannya ianya kerana keluhan jiwa...berdasarkan pengamatan. Manusia bersifat lemah . Allah menciptakan Manusia dengan sebaik- baik kejadian. Allah menjadikan manusia sebagai khalifah untuk meneruskan risalah islam. Hidup bukan satu titik noktah. Teringat ketika berbicara dengan seorang teman. Kematian adalah satu permulaan...Berkerut dahi mencerna idea..kemudiannya aku faham.Kematian menamatkan jantung yang berdenyut..tapi ia peralihan satu fasa kehidupan..ketika sedikit demi sedikit amalan ketika hidup ini mula dipersoalan...benarlah kematian itu satu kiamat yang kecil..


Berbalik kepada tajuk utama. Allah memberikan anak sebagai satu rahmat dan ujian buat kita. Putaran masa menyaksikan si anak yang dulu dilahirkan kian membesar dan meningkat dewasa dan putaran alam juga menyaksikan setiap keperluan pusingan kehidupan itu akan berlangsung.

Dari seorang bayi membesar menjadi anak kecil yang pandai bermain dan berlari, bersekolah dan meningkat remaja, membesarnya dikau hingga dewasa, berkerja, berkahwin, beranak dan kian mengejar tua...dan pusingan ini juga ada masanya menyebabkan banyak yang ditinggalkan.

Seorang ibu yang dulu melahirkan dan membesarkan kian terabai..ibu yang dulu bersengkang mata berjaga siang dan malam, membelai dengan penuh kasih dan sayang tanpa sedikit rungutan..akhirnya setelah kau membesar dan melangkah keluar dari halaman bonda banyak juga perkara yang terus kau lepaskan berlalu...

Wahai anak....sedarkah kau ada hati tua yang berlagu sayu????? di luar ia nampak teguh tapi di dalamnya penuh bergelora..Jiwanya sarat dengan rasa rindu yang bersarang..pada anak dan juga cucu...sibuknya kita dengan urusan keluarga sendiri hinggakan ibu tua yang dulu disanjungi kian diabaikan...tanyalah pada diri sendiri..berapa kali kau menghubungi di desa bertanya khabar???? bilakah kali terakhirnya berjumpa melepaskan rasa rindu pada si ibu tua yang sentiasa setia menunggu di muka pintu...tanyakan juga pada diri dimanakah kedudukan ibu tua itu di hatimu diketika dan saat ini????pentingkah mereka???? adakah mereka merupakan urusanmu yang utama atau urusan dunia yang lain menjadi tumpuan kita....bila kali terakhir kita bertanya tentang sakitnya??? sihatnya??? tanyalah...tanyalah....


Cuba kita renungkan kembali...satu masa dahulu..dari rahim itu kita dikeluarkan. dari susu itu kita dibesarkan, dari tangan itu kita didodoikan, dengan kudrat itu kita dijaga dan dipelihara, dengan titik peluh itu kita meminta dan meminta tanpa pernah ambik peduli tentang kemampuan untuk memenuhi permintaan si anak, dari air mata itu kita melihat kasih sayang yang amat mendalam, dari darah yang mengalir terasakan hangatnya kasih dan sayang...agungnya kasih sayang ibu dan bapa....tetapi setelah kita bergelar dewasa, kita semakin melupakan semua itu...meninggalkan jauh tentang hak seorang ibu tentang jasa seorang ayah.

Sekadar ingatan untuk diri...aku amat bersyukur..Allah membawaku kedunia melalui seorang wanita yang hebat dan ayah yang kuat...dan kerana jasa mereka aku masih hidup di dunia. meraih kejayaan, mengumpul kekayaaan...semago Allah sentiasa memelihara Kedua orang tuaku dan semua ibu bapa yang berada di luar sana....Semoga Allah menempatkan mereka yang telah pergi di kalangan hambaNya yang beramal soleh...diberikan kebaikan dan kerahmatan Allah kerana jasa mereka membesarkan kami..Kerana dua jiwa ini kita hidup kedunia, kerana dua jiwa ini kita bernafas, kerana dua jiwa ini kita membesar dan kerana dua jiwa ini kita berjaya...tapi janganlah kau biarkan jiwa mereka semakin sayu dan layu..kerana kesibukan dunia, kepentingan diri...dunia hanyalah satu perjalanan yang panjang dan tidak bersifat hakiki..satu masa kita akan meninggalkannya...hargailah kedua ibu dan bapa kita selagi ada hayatnya.......