Wednesday 20 July 2011

Pesanan Terakhir Ke Sempadan Akhirat


Mati itu benar, Mati itu pasti..

Wahai teman sebenarnya jarang sekali aku turut sama turun menghadiri pengebumian melainkan saudara yang terapat...19/07/2011 aku menerima panggilan kecemasan dari kampung memaklumkan mak saudaraku telah pulang dijemput penciptaNya..alhamdulilah kami sekeluarga sempat berada di perkuburan dan menunggu sehingga selesai pengebumiannya sebagai penghormatan terakhir.

Jujur pada diri ini, terasa masa buat kita semakin hampir, umur yang dibanggakan semakin menjengok senja, kulit yang dulu menegang semakin mengendur,mata yang dulu terang kian kabur.tubuh mula dicucuk sakit dan pilu...antara sedar dan tidak kita sering menolak mati itu semakin hampir..semakin jauh kaki melangkah semakin hampir kita dengan tarikh kematian..

Ketika talkin dibacakan satu persatu ayat menusuk tajam halwa pendengaranku menikam jauh ke dalam jiwa..Ya Allah, ampunkan aku, Ya Allah berikanlah Syafaatmu buat kami, Ya Allah sedarkanlah kami ketika kami hanyut dengan kesibukan dunia..Ya Allah dekatkan kami denganMU, Ya Allah temukan kami dan keluarga serta teman seislam kami dengan kematian yang baik dan tempatkanlah kami di tempat hambamu yang Kau pilih dengan rahmatMu.

Ketika petang semakin lanjut, jenazah dimasukkan ke kuburan, tanah ditimbus menutup ruang mata dan terpisahlah pandangan pada jasad yang selama ini sentiasa di sisi. Ketika hari makin menjengok senja aku dengar dengan jelas satu persatu ayat yang dibacakan.Jelas dan padat penerimaannya buatku..


Assalamualaikum.

Bissmillahhirahmanirahim.

Maha suci Allah yang Maha Kuasa lagi kekal tanpa kesudahannya,maha suci Allah yang telah menentukan manusia seluruhnya terpaksa menempuh kematian, supaya dapat dicuba dan diuji siapakah diantara manusia yang telah mengerjakan amal soleh dan membuat kebaikan, maka segala amal bakti dan hasil daripada perkerjaan mereka itu semuanya akan dapat dilihat satu persatu,pada hari yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, segala sesuatu yang lain daripada Allah S.W.T tetap akan rosak dan binasa kerana Allah yang mengatur segala-galanya dan kepada Allahlah kita semua akan dikembalikan, maka berbahagialah sesiapa juga yang terselamat dan juga terlepas dari azab api neraka dan seterusnya mendapat balasan nikmat yang berkekalan dalam syurga.adapun nikmat dan keseronokan di dunia semuanya hanyalah untuk sementara waktu sahaja,

Allah S.W.T menjadikan kita semua daripada tanah,maka ke dalam tanah kita akan dimasukkan,dan daripada tanah juga kita akan dikeluarkan semula, Allah S.W.T menghidupkan kita semula kembali supaya menanggung amanah-amanah dan menjalankan kewajipan sebagai hamba Allah, hinggalah Allah S.W.T perintahkan malaikat israfil meniup sangkakala maka dihidupkan kita semula dengan serentak untuk dibawa kita ke hadapan mahkamah kadirabuljalil.

Suasana hening menguasai tanah perkuburan..kukira bacaan talkin diteruskan lebih pantas kerana warna alam mula berubah..langit semakin gelam matahari mula turun ke ufuk...

Wahai saudaraku Pulan Bin si Pulan

Semoga Allah kurniakan kesihan belas ke atas saudara.ketahuilah bahawa segala nikmat dan keseronokan dunia telah hilang daripada saudara sekarang ini.saudara telah masuk kesempadan akhirat dan tinggal disini sehingga hari kiamat.Wahai saudaraku janganlah sesekali saudara lupakan pengakuan dan perjanjian kita semasa hidup didunia iaitu kalimah Asshaduallailah haillahwaasyhhaduanamuhamadurasullah..
Apabila datang dua malaikat yang ditugaskan untuk memeriksa saudara dengan perintah Allah. maka janganlah saudara gentar dan takut.kerana mereka juga makhluk Allah sama seperti saudara. Mereka Akan bertanya

siapakah tuhan yang saudara sembah?

Siapakah nabi saudara?

Apakah iktikad dan kepercayaan saudara?

dan atas agama apakah saudara hidup dan mati?

katakanlah kepada mereka Allah tuhanku yang sebenar-benarnya, bila ditanya lagi maka jawablah AllaH tuhanku yang sebenar-benarnya. bila di tanya bagi kali yang ketiga iaitu kali yang terakhir maka jawablah dengan lidah yang lancar tanpa rasa takut dan gentar Allah tuhan ku, Muhamad rasulullah nabi ku ,islam adalah agamaku, Al-Quran sebagai pedoman dan ikutanku, Baitullah adalah kiblatku,Sembahyang adalah kewajipanku,sekalian orang islam adalah saudara-saudaraku,Ibrahim Al-Khalil adalah bapa bagi agamaku,hidup dan matiku adalah atas kalimah laillahaillahmuhamadurrasulullah.

Ingatlah dan peganglah bersungguh-sungguh kenyataan pesanan ini,ketahuilah bahawa saudara akan berada di alam barzah ini sehingga hari kiamat,tiada siapa yang dapat menolong dan membantu saudara
Ketahuilah wahai saudaraku,bahawa sesungguhnya mati itu adalah benar,memasuki liang kubur juga benar,soalan mungkar dan nakir dalam kubur adalah benar,dibangkitkan semula semua manusia untuk diperiksa segala amalannya juga adalah benar,melalui titian sirat,balasan nikmat syurga dan siksa api neraka semuana adalah benar belaka, dan tetap akan berlaku dan bahawasanya hari kiamat tetap akan tiba tanpa syak dan ragu-ragu lagi,maka Allah akan menghidupkan kita semula sekalian manusia,

Allah..beratnya melepaskan insan yang tersayang...tapi janji Allah telah datang

Wahai saudara,

Selamat tinggal buat selama-lamanya dan kami serahkanlah saudara kepada Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,semoga dicucuri rahmat dan keampunanNYA ke atas saudara,ya Allah yang maha berkuasa,ya Allah yang maha berkuasa, ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,kurnikanlah limpah rahmatMU kepada saudara hambamu ini,ampunkanlah dosa-dosanya dan ampunkanlah dosa-dosa kami.yarrabalalamin.

Wahai saudara,

Ingatlah pesanan yang terakhir,bahawasanya Allah Adalah tuhan kita, islam satu-satunya agama kita dan Muhamad S.A.W. adalah nabi kita.kepada Allah kami berharap supaya memberi perlindungan kepada saudara, mengampuni dosa-dosa dan kesalahan saudara serta memberi ganjaran diatas segala amalan dan kebaikan yang telah saudara lakukan.amin yarabalalamin.AL-FATIHAH.

Selesai sudah talkin dibacakan..seorang demi seorang beredar..tadi di sisi pusara ramai sanak dan saudara tapi kini mula lenggang meninggalkan jasad yang telah disemadikan..terpisahlah kau dan dunia...ketika aku mula bangun menyusun langkah sayup kedengaran azan maghrib berkumandang...setitis dua air mataku jatuh menyapa pipi..kukalih pandangan sayu kearah kubur yang kaku dan kayu yang dipacak sebagai tanda..

Aku bisik pada diri..pergilah masamu telah tiba dan kami ini pasti akan megikutimu nanti cuma masanya sahaja yang belum pasti....semoga bacaan talkin tadi mencairkan hati yang keras, merundukkan nafsu yang bergelora, mematikan syawat pada milik dunia...semoga ada keseimbangan dunia dan akhirat...Ya Allah lorongkanlah kami kearah kebaikan dunia dan akhirat.




catatan: Bacaan teks talkin tidak sepenuhnya..telah diedit mengikut keperluan cerita..

No comments:

Post a Comment