Monday 15 August 2011

Wahai Anak Yang Ku Lahirkan....


Wahai anak...
Yang ku kandungkan selama 9 bulan 10 hari dengan penuh kasih dan sayang..
Yang Ku tunggukan kehadiran setelah sekian lama bersatu
Yang ku doakan kehadiran setiap kali sujudku..
Yang sentiasa ku impikan hadirmu

Wahai anak..
Rezeki dari Allah
Yang Maha Merencana
Ku bawa hadirmu dalam tubuhku
ketika darah dan nafas kita bersatu..
tiada seharipun ada rasa jemu
membelaimu dengan penuh kasih dan sayangku....


Wahai Anakku..
Ketika cukup waktu
Kau keluar melihar dunia
dan kuiringi kehadiranmu dengan tahmid dan pujian
ke atas Pencipta, di atas kurniaNya..

Ku besarkan dikau penuh dengan kasih sayang
Melihatmu membesar adalah saat- saat terindah
dan tak ku sedar betapa pantasnya masa berlalu


Wahai anakku
Pintaku sebagai ibumu...
Membesarlah kau sebagai anak yang berguna
yang menyenangkan hati ketika hidupku
dan yang mendoakan ketika jasad ini dimamah bumi

Kau tahu anakku...
Cabaran hidup ini tidak mudah
sebegitu juga dalam membesarkanmu
pastinya banyak onak dan cabaran yang berliku
Semoga kita dianugerahkan kekuatan
untuk melalui hari yang mendatang
dengan iman dan taqwa

Wahai anakku...
Yang kubesarkan dari sekecil tapak tangan
yang kudodoikan dengan penuh perhatian
yang kubesarkan dengan penuh penjagaan
masa akan terus berlalu buatmu
kau akan semakin membesar
dan adat alam
Umi pasti mengejar masa tua
dan mati yang menanti dihujung sana


Wahai anakku
di sempena kelahiranmu
Umi titipkan kata- kata
mungkin tidak esok atau lusa
tapi pasti tiba satu saatnya
kau akan mengerti
betapa mendalamnya kasih ini
buatmu Anakku...

Keranamu adalah semangatku...
Pinta Umi...
Jadilah anak yang baik
Jadilah anak yang taat
Berbakti Pada Allah
Berbakti pada orang tua
Bahagiakanlah setiap insan disisimu
Hiasilah dirimu dengan adap dan sopan
jadilah kau seperti semalu
yang sentiasa tertunduk malu
namun berduri melindungi diri
Kelak
kau akan dewasa
terus menempuh cubaan dunia
Semoga kuat untuk terus melaluinya
dan Umi
serta Walid akan terus disisimu
selagi ada nafas....
kerana dikau adalah amanah tak terhingga buat kami...

Selamat Ulang Tahun ke 4 pada 16.8.2011 buat anakku Nur Ainul Basirah






No comments:

Post a Comment